Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.tuh] | سنتوه

Definisi : ; bersentuh 1. kena sedikit pd, ber-hantuk sedikit dgn, mengenai (antara dua benda), bersenggol: penyakit ini berjangkit kerana ~ dgn badan orang yg berpenyakit; 2. bh bersetubuh; bersentuhan 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit: kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkut-paut (dgn), berkaitan (dgn); menyentuh 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia berasa pipinya di-sentuh orang; 2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini saya ~ ke-dudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4. menyinggung (perasaan), meng-ganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (pe-rasaan terharu, sedih, dsb); menyentuhi mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi; tersentuh 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; sentuhan senggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut; kesentuhan 1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang halus; persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel); penyentuhan perbuatan menyentuh; penyentuh sesuatu yg digunakan utk me-nyentuh (sesungut pd serangga dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tuh] | سنتوه

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kepayang, akar lokan, Trichosanthes tricuspidata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tuh] | سنتوه

Definisi : ; bersentuh bersinggung sedikit dgn sesuatu yg lain; kena sedikit: Luka itu hendaklah dibalut supaya tidak ~ dgn benda-benda kotor. bersentuhan saling mengenai antara satu dgn yg lain; bersinggungan sedikit: Kerana orang terlalu banyak, kami ~ antara satu dgn yg lain. menyentuh 1 menyinggung atau mengenai sedikit; melanggar sedikit; menjamah: Dia tidak berani ~ barang-barang kaca di kedai itu. 2 menyinggung (perasaan orang) dgn mengatakan sesuatu; menyebut sesuatu perkara: Ketika bercakap, jangan sekali-kali kita ~ perasaan orang. sentuhan hasil drpd menyentuh: Apabila terkena ~ tangan ibunya, anak itu pun berhenti menangis. persentuhan hal bersentuh atau bersentuhan: Melalui ~ kulit pun, penyakit itu dpt merebak. penyentuhan hal atau perbuatan menyentuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERANGAN DAN SERANG-SENTUH

Serangan dan serang-sentuh ialah istilah

undang-undang yang melibatkan ancaman dan

perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang

menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan

menerima perbuatan ganas dengan segera.

Ancaman lisan mungkin merupakan serangan.

Mengangkat belantan atau mengancamkan

penumbuk merupakan serangan, walaupun

pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan

kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga

tidak memungkinkan kekerasan dilakukan.

Seseorang yang menghalakan muncung

senapang kepada sekumpulan orang ramai

mungkin didapati bersalah kerana serangan

terhadap setiap orang dalam kumpulan orang

ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya

dengan pukulan sebenarnya ataupun

kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua

perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama-

sama dan biasanya dihukum sebagai satu

kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika

seseorang berhak mengancam atau menimpakan

kecederaan. Seseorang boleh mengusir

pengganggu dari rumahnya dengan paksaan

yang wajar.

UMUM 
KANTA SENTUH

Kanta sentuh ialah peranti yang digunakan

untuk membaiki rabun jauh atau rabun dekat.

UMUM 
BOLA SEPAK RAGBI

Bola sepak ragbi ialah sukan sentuh yang

pantas permainannya, yang dimainkan oleh dua

pasukan. Pemain-pemain dalam setiap pasukan

cuba mendapat skor dengan menendang,

membuat hantaran, atau membawa bola sehingga

mereka boleh menendangnya memasuki gol lawan

atau menyentuhkan bola di belakang garisan gol

lawan. Pasukan yang mendapat banyak mata dikira

memenangi perlawanan.

UMUM 
OPTOMETRI

Optometri ialah profesion yang berkaitan

dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri

memeriksa kesihatan mata dan penglihatan.

Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang

menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat

objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk

mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan

mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah

fokus dengan mudah. Ahli optometri

mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh

untuk membetulkan penglihatan yang rosak.

Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi

penglihatan untuk membantu seseorang

mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli

optometri mendiagnosis gejala yang

menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana

bahagian badan yang lain, orang berkenaan

dirujuk kepada doktor.

UMUM 

Kembali ke atas