SYEIKH | Syeikh ialah gelaran Arab yang merujuk sama ada kepada seorang lelaki tua dan dihormati atau kepada ketua sesuatu puak atau kampung. Kadangkala seorang syeikh itu merupakan seorang pemimpin agama. Hanya orang Islam sahaja yang menggunakan gelaran syeikh. Kuasa seorang syeikh biasanya bergantung pada kebebasannya bertindak dan keperibadiannya. Banyak lagu dan cerita telah menggambarkan syeikh sebagai seorang tokoh yang romantis. | UMUM | |
POLIGAMI | Poligami lazimnya boleh dirujuk kepada satu sistem di mana seorang lelaki beristeri lebih daripada seorang pada suatu masa, atau kurang lazimnya, apabila seorang wanita bersuami lebih daripada seorang pada suatu masa. Perkataan poligami berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermaksud banyak perkahwinan . Sarjana menggunakan istilah poligami untuk menunjukkan lelaki yang beristeri lebih daripada seorang, dan poliandri untuk menunjukkan wanita yang bersuami lebih daripada seorang. | UMUM | |
RATU | Ratu ialah gelaran bagi seorang wanita yang memerintah sebuah negeri, atau permaisuri seorang raja. Jika dia yang memerintah, dia dikenali sebagai ratu yang memerintah . Dia mempunyai kuasa yang sama seperti seorang raja, tertakluk kepada perlembagaan negeri. | UMUM | |
PERKAHWINAN | Perkahwinan ialah perhubungan antara lelaki dan perempuan yang telah membuat perjanjian yang sah untuk hidup bersama-sama. Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berkahwin, mereka menjadi suami isteri. Perkahwinan juga merupakan satu majlis keagamaan yang penting dalam kebanyakan agama di dunia. | UMUM | |
SERIBU SATU MALAM | Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar. Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil seorang anak dara lalu dinodainya, dan dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada seorang menteri. | UMUM | |
AUSTEN, JANE | Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis novel yang sangat digemari di England. Tulisannya mengandungi sindiran tentang institusi-institusi sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada enam novelnya, mengisahkan seorang wanita bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah. | UMUM | |
MULATO | Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk; gambar). | UMUM | |
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR | POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya. | SASTERA | Karya |
RICHARDS, VIV | Richards, Viv (1952– ), salah seorang pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat larian yang tertinggi dalam sejarah permainan kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak” yang berguna, dan seorang pemadang yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St. John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards membuat shor sentri kelas pertamanya yang keseratus pada tahun 1988. | UMUM | |
DONNE, JOHN | Donne, John (1572–1631) ialah salah seorang penyair Inggeris paling unggul dan seorang mubaligh Kristian tahun 1600-an. | UMUM | |