| SEOUL | Seoul (pend. 9 645 932) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Korea Selatan. Seoul merupakan salah satu bandar raya terbesar di dunia dari segi jumlah penduduknya (lihat Bandar raya ). Seoul berfungsi sebagai pusat kebudayaan, ekonomi, pendidikan, kewangan, kerajaan, dan aktiviti politik Korea Selatan. | UMUM | |
| SUKAN OLIMPIK SEOUL 88 | Sejenis sukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| TAEGU | Taegu (pend. 2 229 040) ialah bandar raya ketiga terbesar di Korea Selatan selepas Seoul dan Pusan. Taegu terletak di bahagian selatan Korea Selatan (lihat Korea [peta]). Bandar raya ini adalah pusat perdagangan dan pendidikan. | UMUM | |
| PUSAN | Pusan (pend. 3 516 807) ialah bandar kedua terbesar dan pelabuhan utama di Korea Selatan. Hanya Seoul yang mempunyai lebih ramai penduduk. Pusan terletak di pantai tenggara Semenanjung Korea. Untuk lokasi, lihat Korea (peta). | UMUM | |
| KOREA | Korea ialah negara di timur Asia yang terdiri daripada dua buah negara. Salah sebuahnya ialah Republik Korea – biasanya dikenali sebagai Korea Selatan. Seoul ialah ibu negara dan bandar raya terbesar. Sebuah lagi ialah Republik Rakyat Demokratik Korea – biasanya dikenali sebagai Korea Utara. Pyongyang ialah ibu negara dan bandar raya terbesar. Korea Utara ialah kerajaan Komunis. Kerajaan Korea Selatan pula anti- Komunisme. | UMUM | |