| BURUNG SEPAH PUTERI | Burung sepah puteri ialah burung tenggek yang hidup dari selatan Asia sehingga Filipina dan dari Australia ke timur sehingga Kepulauan Solomon. Burung sepah puteri ialah burung kecil yang warna asasnya coklat atau warna gelap yang lain. | UMUM | |
| SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |