Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paruh2
Kata Terbitan : separuh,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSIM PANAS

Musim panas ialah musim yang paling panas

dalam setahun. Hemisfera Utara, iaitu separuh

bahagian bumi di utara, mengalami musim panas

pada akhir bulan Jun, Julai, Ogos, dan awal

September. Hari-hari bak hari musim panas

kadangkala berlaku pada pertengahan musim luruh.

Di Hemisfera Selatan, musim panas bermula dari

akhir bulan Disember hingga awal bulan Mac.

Untuk tarikh hari pertama musim panas dan

perincian tentang kedudukan bumi dan matahari

Lihat juga Musim.

UMUM 
MUSIM LURUH

Musim luruh ialah musim di antara musim panas

dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi

separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca

musim luruh dari akhir bulan September, Oktober

dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di

kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya

benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan

tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada

kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai

musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk

tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk

maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari

semasa musim luruh, lihat Musim.

UMUM 
PARARATON

PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan.  Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya.  Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib.  Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat.  Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa.  Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya.  Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit.  Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas