ASMA'IY, AL- | Asma‘iy, al- (122–215 H./740–830 M.), salah seorang pelopor sepenuh masa dalam bidang pengumpulan syair. Nama penuhnya ialah Abu Sa‘id ‘Abd. al-Malik ibn Qurayb al-Bahiliy. Dia lahir dan dibesarkan di bandar Basrah. Al-Asma‘iy meninggal dunia di Marwu (Khurasan). Semasa hayatnya dia berkecimpung dalam bidang bahasa – peristilahan bahasa iaitu penyusunan kamus dan biografi pada masa itu. Dia juga terkenal dengan koleksi syair-syair Arab dan koleksi syair yang sukar didapati. Pengumpulan subjek-subjek berkaitan linguistik ini memainkan peranan penting untuk melahirkan kamus-kamus Arab pertama yang menjadi asas kepada kamus-kamus karya agung selepas itu seperti al-Qamus al-Muhit dan Lisan al-‘Arab. | UMUM | |
KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak sebelum kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya. Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37 hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang daripada 2500 gram ketika lahir. | UMUM | |
SCHWEITZER, ALBERT | Schweitzer, Albert (1875–1965) ialah ahli falsafah, doktor, pemuzik, paderi, mubaligh, dan penulis agama yang pintar. Pencapaiannya dalam salah satu bidang ini dapat dianggap sebagai menyamai pencapaian sepenuh masa mana-mana tokoh. | UMUM | |
TALMUD | Talmud ialah koleksi undang-undang agama dan sivil orang Yahudi yang disertai dengan terjemahan ilmiah. Ia adalah hasil penulisan kedua yang dianggap suci dan berpengaruh di kalangan orang Yahudi, selepas kitab Bible . Agama Yahudi menganggap mempelajari Talmud secara sepenuh masa adalah antara amalan yang paling mulia. | UMUM | |
SISTEM KUKU BESI | Sistem kuku besi ialah satu bentuk kerajaan yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had terhadap rakyatnya. Pemimpin kuku besi tidak semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang rasa, dan mereka juga mungkin meletakkan kebajikan rakyat mereka lebih penting daripada diri mereka sendiri. Tetapi kebiasaannya, pemimpin despot tidak dikongkongi oleh orang sekeliling mereka dan mereka kadang-kadang menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk menjaga kedudukan mereka. | UMUM | |
TLDM | TLDM, pasukan bersenjata pertahanan laut yang bertanggunjawab mengawal peraiaran negara. TLDM ialah singkatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejarah TLDM bermula dengan tertubuhnya pasukan Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Setelah SSRNVR ditukar nama kepada Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR) pada awal tahun 1939, stu cawangna telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pada 1 September 1939, Perang Dunia Keuda diisytiharkan di Eropah. Ekoran daripada itu, pasukan MRNVR telah dikerah bertugas sepenuh masa mulai 4 September 1939. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NORHISHAM MUSTAFA | NORHISHAM MUSTAFA (1950 - ), penulis. Dia lahir pada 28 Mei 1950 di Kampung Bakat, Gual Periuk, Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Lemal dan kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu. Dia pernah bertugas sebagai penyunting Mingguan Kota Bharu sebelum menjadi penulis sepenuh masa. | SASTERA | Tokoh |
SAIFUL BAHRI | SAIFUL BAHRI (1924 - 1976), pencipta dan penggubah lagu Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Saiful mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Ondwewijs (MULO), Ins Kayutaman di Sumatera Barat. Bakat Saiful mula menyerlah semasa dia masih menuntut di MULO. Sewaktu di sekolah ini, dia telah membentuk satu kumpulan muzik. Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan tanah kelahirannya untuk merantau mencari untung di Jakarta. Di sana, dia mencuba nasib dalam bidang muzik sepenuh masa dan pernah memimpin Orkes Studio Jakarta selama 10 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1960. Pada ketika itu juga dia bergabung dengan ahli muzik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki dan Iskandar untuk bersama-sama menubuhkan trio. | BUDAYA | Tokoh |
SALLEH KAMIL | SALLEH KAMIL, (1924 – 1998), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 24 April 1924 di Coleman Street, Singapura. Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdullah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Teng Road, Singapura. Selepas berhenti sekolah, dia bekerja sebagai buruh kasar dan kemudian menjadi budak pejabat di sebuah syarikat swasta. Salleh Kamil kemudiannya bekerja sebagai pemandu kereta dengan seorang saudagar Inggeris. Selepas itu dia menjadi pemandu teksi sepenuh masa. | BUDAYA | Tokoh |
BRANDT, WILLY | Brandt, Willy (1913–1992) ialah canselor Jerman Barat yang dipilih pada tahun 1969. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1974, selepas salah seorang daripada penolongnya didapati menjadi perisik Jerman Timur. Walaupun Brandt menafikan apa-apa pengetahuan tentang kegiatan merisik penolong itu, dia menerima sepenuh tanggungjawab mengenainya. Sebelum berkhidmat sebagai canselor, Brandt menjadi naib canselor dan menteri luar dari tahun 1966 hingga tahun 1969. Dia adalah datuk bandar Berlin Barat dari tahun 1957 hingga tahun 1966. Pada tahun 1971, Brandt menerima Hadiah Nobel Keamanan kerana usahanya untuk mengurangkan ketegangan antara negara-negara Komunis dengan bukan Komunis. Di bawah Brandt, Jerman Barat menandatangani persetiaan tidak mencerobohi Kesatuan Soviet dan negara-negara lain di Eropah Timur. Kerajaannya berusaha untuk memulihkan hubungan antara Jerman Timur dengan Jerman Barat dan untuk mengurangkan ketegangan antara Berlin Timur dengan Berlin Barat. Semasa mudanya, Brandt menyertai Parti Demokratik Sosial dan secara terbuka menentang
| UMUM | |