PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) | Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas semua sumber minyak dan gas Malaysia, mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak penubuhannya, PETRONAS telah mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan, pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai kepentingan perniagaan di lebih daripada 30 buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002, kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik sebahagian dan 45 syarikat usaha sama. | UMUM | |
ASTRO | Institusi yang berkaitan dengan komunikasi yang dikendalikan sepenuhnya menggunakan sistem digital | TEKNOLOGI | Institusi/Organisasi |
BUTA | Buta ialah ketidakupayaan untuk melihat sepenuhnya atau separa. | UMUM | |
SANGHA | Merupakan nama yang diberikan kepada penempatan pengikut agama Buddha yanghidup bersama dan mengikut sepenuhnya ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupan seharian mereka. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
APULEIUS, LUCIUS | Apuleius, Lucius (125?–170? M.), menulis satu- satunya novel yang disimpan sepenuhnya dalam bahasa Latin kuno, Metamorphoses atau Transformations . Novel itu juga dikenali sebagai The Golden Ass . Novel ini menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Lucius yang telah bertukar menjadi seekor keldai dengan tidak sengaja. Dia dikembalikan menjadi manusia oleh dewi Mesir, Isis. Novel ini memuatkan beberapa cerita pendek, yang paling terkenal antaranya ialah cerita Cupid and Psyche (lihat Psyche ). | UMUM | |
AMNESIA | Amnesia ialah hilang ingatan sebahagiannya atau, dalam kes jarang-jarang berlaku, sepenuhnya. Kita sering lupa tentang peristiwa kecil harian apabila masa berlaku tetapi seseorang yang mengalami amnesia mempunyai jurang besar dalam ingatannya. | UMUM | |
SAROYAN, WILLIAM | Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya, Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih bersifat sentimental daripada bersifat objektif terutama paparannya tentang kanak-kanak dan kehidupan golongan pekerja. | UMUM | |
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya. | UMUM | |
PUPA | Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam metamorfosis (perkembangan) kebanyakan serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa, satu bentuk sementara yang membolehkan struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa muncul dengan memecahkan “kulit” pupa. Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua hari, atau sehingga satu tahun atau lebih, bergantung pada spesies. Peringkat ini membolehkan sesetengah serangga dewasa, seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia juga membolehkan sesetengah serangga yang berkembang mengelakkan kepanasan dan kesejukan yang melampau, kebuluran, dan kemarau. | UMUM | |
STONE, EDWARD DURELL | Stone, Edward Durell (1902–1978) ialah arkitek Amerika yang terkenal kerana hiasan konkritnya. Bangunan-bangunan yang direka oleh Stone yang termasyhur hampir ditutup sepenuhnya oleh hadangan konkrit yang dibuat dengan teliti, untuk perlindungan daripada matahari. Banyak antara bangunan yang direka oleh Stone dibina untuk pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di luar Amerika Syarikat. | UMUM | |