Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak sepertimana mata kita melihat benda. Walau bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak jauh daripada satu sama lain boleh bertindak seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil gambar objek yang sama pada waktu yang sama. Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu yang menggunakan stereoskop boleh melihat sekeliling semua benda. |