Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pe.tang] | سڤتڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sepucat, balik adap (bukit), bunga bintang kuning (merah), cempaka hutan, pokok beruas hutan, puding belacan, Mussaenda mutabilis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepetang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUALA SELINSING

KUALA SELINSING, tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TAIPING

TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British.  Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota.  Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya.  Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan.  Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883.  bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan.  Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas