Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepotong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIT'AH

KIT’AH, BENTUK PUISI Arab yang merupakan fragmen daripada karya yang lebih panjang, misalnya sebuah qasidah. Kit’ah dalam bahasa Arab bererti potongan keratan, sekerat atau sepotong; memberikan makna sepotong daripada sebuah karya yang lebih besar kit’ah juga mungkin sebuah puisi tersendiri mengenai sesuatu topik, tetapi masih menggunakan skema-rima yang sama, iaitu serima (monorhyme) dan dalam polamatra yang umum seperti genre yang lain. Begitu rapatnya hubungan kit’ah dengan qasidah, walaupun pada kenyataannya sebuah qasidah hingga ada sarjana menganggap klit’ah berasal daripada  qasidah yang mungkin dikembangkan daripada genre lain yang berasingan seperti ghazal, fakhr dan lain-lain.

SASTERAPenerbitan
SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN

SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN, kumpulan cerpen Umar Kayam.  Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Jakarta.  Kumpulan ini mengandungi enam cerpen iaitu “Seribu Kunang-Kunang di Manhattan”, “Isteriku, Madame Schlitz dan Sang Raksasa”, “Sybil”, “Secangkir Kopi dan Sepotong Donat”, “Chief Sitting Bull” dan “There Goes Tatum”.

SASTERAKarya

Kembali ke atas