Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dgn satu; ® puluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dicampur satu; 10. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dicampur satu; 10; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepuluh

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sepuluh jung (= kapal) masuk pelabuhan,
     anjing bercawat ekor juga.

Bermaksud :

Tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor).

 

Lihat selanjutnya...(13)

444

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Sepuluh kali ukur, sekali kerat

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA

Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational

Standard Book Number) ialah

sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti

buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku

antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN,

memudahkan proses memesan buku. Penjual buku,

pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan

jumlah buku yang besar boleh menghantar dan

menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN.

UMUM 
SISTEM PERPULUHAN

Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis

nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti

yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh

ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya

menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4,

5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini

bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu

nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai

yang sama sekali berbeza dalam nombor 832

berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan

yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh

sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya

dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan

tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai.

UMUM 
MINYAK PETITGRAIN

Minyak petitgrain ialah minyak kuning yang

dibuat daripada daun, ranting dan buah daripada

pokok oren pahit. Ia digunakan untuk membuat

minyak wangi. Paraguay membekalkan kira-kira

tujuh per sepuluh daripada minyak petitgrain di

dunia. Petitgrain bigarade, iaitu minyak yang lebih

berharga daripada minyak petitgrain, dibuat

daripada sejenis lagi pokok oren pahit. Petitgrain

birgarade dikeluarkan di negara-negara

Mediterranean.

Lihat juga Oren.

UMUM 
STETSON, JOHN BATTERSON

Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah

pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi

ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk

memulihkan kesihatannya dan menggunakan

pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan

mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal.

Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia,

Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi

pengilang topi yang terkemuka di Amerika.

Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan

rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah

akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini

kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson

lahir di Orange, New Jersey.

UMUM 
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 
KUMBAHAN

Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim

buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan

juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi

kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus

jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan

tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan

pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan

larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan

jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah

yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga

mengandungi tanah dan air larian permukaan

yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan

kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang

berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan

penyakit.

UMUM 
PERISAI KANADA

Perisai Kanada ialah kawasan besar dan

berbatu yang melengkung di sekeliling Teluk

Hudson . Bentuknya seperti ladam kuda gergasi.

Perisai ini merangkumi separuh daripada kawasan

bumi di Kanada. Ia termasuk kebanyakan Pulau

Baffin, semua kawasan Labrador, sembilan per

sepuluh Quebec, lebih separuh Ontario dan

Manitoba , dan sebahagian besar Saskatchewan

dan Wilayah Barat Laut.

UMUM 
DISEMBER

Disember ialah bulan yang ke-12 dan terakhir

dalam satu tahun, mengikut kalendar Gregory yang

kini digunakan hampir di seluruh dunia. Disember

ialah bulan yang ke-10 dalam kalendar awal

orang Rom dan nama Disember berasal daripada

perkataan Latin, decem yang bermaksud sepuluh.

UMUM 
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
123

Kembali ke atas