STOKER, BRAM | Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British, telah mengarang cerita <i>Dracula i>(1897), salah satu cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman. Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania (kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa, menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh. “Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang asalnya ialah satu bab daripada buku <i>Draculai>, tidak diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang ditulis oleh Stoker termasuk <i>The Mystery of the Seai> (1902) dan <i>Famous Imposters i>(1910). | UMUM | |
KING, STEPHEN | King, Stephen (1947– ) ialah penulis popular Amerika yang menulis cerita seram dan ngeri. King ialah penulis cerita yang plotnya menitikberatkan kesan kejahatan dan ketakutan. Dia sering mencetuskan keadaan yang menggerunkan daripada watak dan tempat moden yang biasa. | UMUM | |
KARLOFF, BORIS | Karloff, Boris (1887–1969) ialah pelakon British yang terkenal dengan persembahan yang menakutkan dalam filem seram Amerika. | UMUM | |
SENDAK, MAURICE | Sendak, Maurice (1928– ) ialah pengilustrasi Amerika dan penulis buku kanak-kanak. Kebanyakan ilustrasi dan ceritanya menampilkan imej seram dan menakutkan kanak-kanak. Dia memasukkan orang, peristiwa dan himpunan semula zaman kanak-kanaknya secara imaginatif. Sendak telah memenangi salah satu anugerah Amerika yang agung, Pingat Caldecott pada tahun 1964, untuk ilustrasi dan tulisannya, <i> Where The i> <i> Wild Things Are i> . | UMUM | |
DAHL, ROALD | Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi, humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang mengejutkan. | UMUM | |
PULAU BURU | PULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TANGLUNG LABU | Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan kepada labu kosong yang mata, hidung, dan mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai tanglung labu. Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen. | UMUM | |
BANGGAI | BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun 1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NOVEL REMAJA | NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi. | SASTERA | Penerbitan |