SERAMIK | Seramik adalah satu daripada tiga jenis bahan kejuruteraan yang paling penting yang terutamanya adalah sintetik. Yang dua lagi adalah logam dan plastik. Seramik termasuk bata, simen, kaca dan porselin. Ia juga termasuk sesetengah bahan luar biasa yang digunakan dalam elektronik dan kapal angkasa. Kebanyakan seramik adalah keras dan boleh tahan haba dan bahan kimia. Sifatsifat ini memberikannya pelbagai kegunaan dalam industri. Artis juga menghasilkan seramik. Rencana ini membincangkan keluaran dan proses seramik dalam industri. Untuk maklumat tentang bagaimana artis membuat seramik, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Tembikar . | UMUM | |
SERMET | Sermet ialah bahan keras yang boleh tahan terhadap suhu tinggi. Namanya berasal daripada perkataan seramik dan logam. Bahan seramik adalah keras dan rapuh. Sermet terdiri daripada seramik refraktori dan pengikat logam. Lihat juga Refraktori. | UMUM | |
PORSELIN | Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya (boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah keluaran seramik yang paling keras, porselin digunakan sebagai penebat elektrik dan kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun, porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis porselin yang digunakan untuk tujuan ini menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik. | UMUM | |
GENTIAN PENETULANG | Gabungan gentian dengan bahan polimer, seramik atau logam untuk memperbaiki sifat bahan gabungan tersebut. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GENTIAN KACA | Gabungan gentian dengan bahan polimer, seramik atau logam untuk memperbaiki sifat bahan gabungan tersebut. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
BEDNORZ, J. GEORG | Ahli fizik Jerman yang menemukan kesuperkonduksian suhu tinggi dalam bahan seramik bersama-sama ahli fizik Switzerland, K. Alex Mueller. | FIZIK | Tokoh |
METALOGRAFI | Metalografi ialah kajian tentang struktur dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh digunakan dalam kajian tentang seramik dan komposit, iaitu gabungan logam dengan serat bukan logam. Ahli metalografi menentukan bagaimana bahan akan bertindak balas dalam keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas atau sejuk melampau. Industri bergantung pada metalografi untuk menghasilkan, menguji dan memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka mencipta bahan baru. | UMUM | |
KESENIAN CELT | Kesenian Celt. Orang Celt melahirkan bakat besar kesenian mereka pada seni dan kraf seperti kerja logam, seni arca, dan seramik (seni tembikar). | UMUM | |
SENI HIAS | Seni hias ialah istilah yang digunakan untuk pelbagai kategori termasuk perabot, kerja kayu, dan kaca. Istilah seni hias juga merujuk kepada seramik (porselin dan tembikar) dan kerja logam (emas, perak, gangsa, dan logam-logam lain). | UMUM | |
KAKISAN | Kakisan ialah kemusnahan sesuatu bahan disebabkan oleh tindakan kimia sesuatu gas atau cecair. Kakisan berlaku terutamanya pada logam, tetapi ia juga boleh menjejaskan seramik. | UMUM | |