PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA | Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA | Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara [Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)] ialah pertubuhan serantau yang bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara menerusi bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan. | UMUM | |
MAJLIS BAHASA INDONESIA-MALAYSIA | Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ialah badan bahasa peringkat serantau, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 hasil daripada pertemuan pertama antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan (PAKERSA) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
DEKLARASI ASEAN | DEKLARASI ASEAN, dokumen asas yang termaktub dan unggul kepada pertubuhan ASEAN untuk mewujudkan kerjasama serantau. Deklarasi ini juga dikenal sebagai Deklarasi Bangkok, ditandatangani pada 8 Ogos 1967 oleh Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Carlos Romulo (Setiausaha Luar Filipina), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Tun Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA | PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau. Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973. Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara. Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat. | SASTERA | Karya |
PUZI HADI | PUZI HADI (1951 - ), penyair. Dia lahir pada 9 Mei 1951 di Kulim, Kedah. Puzi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja sebagai pembantu hospital di Hospital Alor Setar, Kedah. Nama Puzi Hadi terkenal sebagai penyair dan pendeklamasi sama ada di tanah air mahupun serantau. | SASTERA | Tokoh |
KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA | KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul rahman Putra iaitu untuk menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pandangan Tunku telah mendapat sokongan yang meluas daripada pihak British sehingga gagasan Malaysia muncul menjadi satu rancangan bersama antara pihak British dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Idea penubuhan Malaysia telah membawa Malaysia dan Indonesia ke dalam satu krisis serantau. Sukarno, Presiden Indonesia, menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu projek Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAPHILINDO | MAPHILINDO, gagasan untuk menyatukan negara-negara rumpun Melayu. Gagasan ini merangkumi Tanah Melayu Persekutuan (Malaya), Indonesia dan Filipina dalam satu persekutuan yang besar. Gagasan MAPHILINDO (Malaya, Philippines, Indonesia) dikemukakan oleh Diasdado Macapagal, Presiden Filipina, di Persidangan Menteri-Menteri Luar, di Manila pada bulan Jun 1963. Persidangan ini dihadiri oleh pemimpin dari ketiga-tiga negara untuk berunding bagi menyelesaikan konflik antara negara berkaitan isu penubuhan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1961. Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan; Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio, Menteri Luar; dan Filipina diwakili oleh Emmanuel Pelaez, Naib Presiden merangkap Setiausaha Luar Negara. Adalah diharapkan penubuhan gagasan ini dapat mewujudkan keamanan serantau dan ia dapat bertindak sebagai benteng kepada ancaman luar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |