JAMPI SERAPAH | JAMPI SERAPAH, ungkapan berirama yang diucapkan dalam suasana atau keadaan tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu. Air sejuk, misalnya, menjadi penawar setelah dijampi serapah oleh bomoh. Sebagai ungkapan berirama, jampi serapah mengandungi perkataan yang menggambarkan pelbagai suasana, misalnya kutukan, pujuk rayu dan puji-pujian, selari dengan tujuan penggunaan jampi serapah itu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
PENAWAR | PENAWAR, ubat, jampi dan serapah yang digunakan untuk mengurangkan bisa atau kesakitan fizikal dan emosi yang dihidapi oleh seseorang. Dalam perubatan Melayu, terdapat pelbagai jenis penawar seperti penawar bisa ampai-ampai ialah asam dan penawar sengat lebah ialah kapur. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |
SANTAU | SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati. Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu. Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau. Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau. Dasar santau adalah sebenarnya racun. Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan. Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan. | BUDAYA | Konsep |