| RAMI | Rami ialah tumbuhan saka yang ditanam terutamanya untuk seratnya. Ia berasal dari Asia dan ditanam, terutamanya di India, China dan Taiwan. Rami adalah satu daripada sumber serat asli yang paling lama diketahui. Ada lebih daripada 30 jenis rami yang diketahui. Jenis yang paling biasa berasal dari China dan Jepun. Daunnya yang tebal dan lebar berwarna hijau tua di bahagian atas, putih dan berbulu di bahagian bawah. Penanam akan menanam akarnya, yang membesar menjadi tumbuhan dalam masa lebih kurang tiga bulan. Batangnya tumbuh dari satu hingga dua meter tingginya. | UMUM | |
| PAPIRUS | Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada papirus. | UMUM | |
| KEKAPILARIAN | Kekapilarian ialah kecenderungan cecair bergerak ke dalam saluran halus bak rerambut. Saluran ini yang dikenali sebagai kapilari, wujud pada bahan berliang. Tuala kertas, misalnya, mengandungi berjuta-juta kapilari di antara seratnya. Saluran ini menyerap air melalui kekapilarian. | UMUM | |
| ARKWRIGHT, SIR RICHARD | Arkwright, Sir Richard (1732–1792) ialah pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769, dia telah mendapatkan paten untuk sebuah mesin pemintal benang yang dinamakan kerangka air kerana alat tersebut dijalankan oleh kuasa air. Mesin itu dipusingkan oleh beberapa set penggelek yang bergerak pada kelajuan yang berlainan untuk menarik kapas daripada mesin penyisir dan meluruskan seratnya. Kemudian, kapas itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang. Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh kerangka air adalah keras, liat dan kasar. Arkwright dan dua pekilang lain mula membina kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik, peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan belajar pada waktu malam untuk menyambung semula alam persekolahannya yang tercicir. | UMUM | |
| MESIN BUSAR KAPAS | Mesin busar kapas ialah mesin untuk membuang biji dari serat kapas. Ramai orang percaya bahawa pereka Amerika, Eli Whitney telah menghasilkan mesin busar kapas yang pertama. Walau bagaimanapun, mesin busar kapas yang ringkas mula digunakan di India pada zaman dahulu. Satu versi mesin busar kapas ini, iaitu mesin busar penggelek , telah tiba di Koloni Amerika menjelang tahun 1740-an. Pada tahun 1793, Whitney mereka cipta cara yang lebih cepat, lebih jimat untuk mengasingkan biji kapas dari seratnya. Mesin busar kapasnya membantu menjadikan kapas | UMUM | |
| ASBESTOS | Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai banyak sifat yang menjadikannya berharga dari segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik. Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh. Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja menangani asbestos. | UMUM | |
| NETEL | Netel ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan yang mempunyai bulu kejur berbisa. Netel ialah herba kasar yang tumbuh di kawasan sederhana. Ia mempunyai daun yang tumbuh bertentangan satu sama lain pada batang, dan bunga kecil yang bergugus. Bulu kejur netel mengandungi jus berair yang menyebabkan gatal keterlaluan jika ia memasuki kulit manusia. Tetapi gatal ini tidak lama. Pucuk netel boleh dimasak seperti bayam. Ia adalah sumber vitamin dan protein yang baik. Netel digunakan untuk tujuan perubatan sejak zaman dahulu. Netel berbisa di Eropah dan Amerika Syarikat ditanam kerana seratnya, yang daripadanya boleh dibuat kain kasar yang kuat, kasar. Pengelasan saintifik. Netel tergolong dalam famili netel, Urticaceae. Ia membentuk genus Urtica . Netel berbisa ialah U. dioica. | UMUM | |