Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ba] | سربا

Definisi : 1. semua(nya), segala(-galanya), se­luruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ba] | سربا

Definisi : 1 seluruhnya atau semuanya sekali; segala-galanya: Dia berpakaian ~ putih. 2 banyak macam atau banyak jenisnya; berbagai-bagai; bermacam-macam: ~ bunga dan pelbagai buah ada di dlm taman itu. ~ aneka berbagai-bagai; bermacam-macam. ~ salah ba­gaimanapun salah juga. ~ satu bagi tiap-tiap jenis ada satu. ~ sedikit bagi tiap-tiap jenis ada sedikit. ~-serbi a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Anak Semabuk pergi ke Kelang,
     Berniaga buah serba rasa;
Makin mabuk makin meradang,
     Salah runding jadi kecewa.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Bagai berkain tiga hasta.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THORPE, JIM

Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh

terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain

bola sepak kolej dan profesional Amerika dan

masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga

bermain dalam liga-utama besbol Amerika.

Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe

muncul sebagai atlet pertama yang memenangi

kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat

Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]).

Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat

tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur

memutuskan Thorpe seorang ahli sukan

profesional dan tidak layak bertanding dalam

Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain

besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun

1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

mengembalikan pingat emas Thorpe dan

memasukkan namanya dalam senarai juara

Olimpik tahun 1912.

UMUM 
SELLERS, PETER

Sellers, Peter (1925–1980) ialah pelakon British

yang serba boleh. Filem yang dibintanginya

termasuk The Ladykillers ; I’m All Right, Jack ; The

Millionaires ; Only Two Can Play ; Lolita ; The Pink

Panther ; Dr. Strangelove ; Alice’s Adventures in

Wonderland ; dan Being There . Sellers lahir di

Southsea, Hampshire. Dia memulakan kerjayanya di

Windmill Theatre, London, tetapi mencapai detik

kegemilangannya dalam rancangan radio dan

televisyen bertajuk The Goon Show’ (digandingkan

dengan Spike Milligan dan Harry Secombe) dan A

Show Called Fred . Pada tahun 1959 dia telah

memenangi anugerah British Film Academy Award,

melalui filemnya I’m All Right, Jack .

UMUM 
SOBERS, SIR GARFIELD

Sobers, Sir Garfield (1936– ) ialah pemain

kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba

boleh yang paling terkenal dalam sejarah

permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder

yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian

dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada

mana-mana pemain Hindia Barat yang lain.

Dia juga seorang pemain kriket yang pertama

dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000

larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal,

Sobers membaling sama ada secara sederhana

deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan

membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian.

UMUM 
THORNDIKE, DAME SYBIL

Thorndike, Dame Sybil (1882–1976) ialah

pelakon wanita British yang unggul. Bakatnya yang

serba boleh terserlah dalam persembahan

komedi moden, tragedi Yunani, drama puisi, dan

klasik dari beberapa buah negara. Dari tahun 1914

hingga tahun 1918, Thorndike berada di

Teater Old Vic, London, melakonkan berbagai-bagai

watak dalam drama Shakespeare. Semasa

Perang Dunia II, dia mengunjungi beberapa

buah bandar

perlombongan dan perkampungan di Britain.

Sybil Thorndike lahir di Gainsborough,

Lincolnshire , England . Pada tahun 1961, Thorndike

dilantik sebagai Komander Dame bagi Penerima

Darjah Empayar British.

UMUM 
SOYINKA, WOLE

Soyinka, Wole (1934– ) ialah penyair, penulis

drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia

menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan

pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba

boleh yang mampu mengubah penulisannya

antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah

dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan

teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum

Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah

novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season

of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang

diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958),

The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959).

UMUM 
MOZART

Mozart (1756-1791), komposer serba boleh Austria. Nama sebenarnya ialah Wolfgang Amadeus Mozart.

KESENIANTokoh
BOTHAM, IAN

Botham, Ian (1955 – ), pemain kriket England

yang menjadi salah seorang pemain serba boleh

dalam sejarah permainan tersebut.

UMUM 
BROOK, PETER STEPHEN PAUL

Brook, Peter Stephen Paul (1925– ) ialah

penerbit dan pengarah British yang bijak dan

serba boleh.

UMUM 
SERI PANGGUNG

SERI PANGGUNG, gelaran untuk watak wirawati dalam drama bangsawan. Dalam persembahan bangsawan, apabila seseorang sudah bergelar seri panggung bererti orang itu pelakon yang terkenal dan serba berkebolehan.  Pelakon utama lelaki dalam bangsawan  pula dipanggil orang muda.

BUDAYAJawatan/Gelaran
MUHAMMAD SYAWQIY

Muhammad Syawqiy (1244 H.–1304 H./1828 M.–

1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal

dengan bidang kesenian penulisan khat Arab.

Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan

nama “Madrasah Syawqiy” (Sekolah Syawqiy).

Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam

dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana

bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari

khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy

hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M.

Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan

sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya

yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar

daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz

Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim

sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri

dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya.

UMUM 
12

Kembali ke atas