UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA | UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, pusat pengajian pertanian yang tertinggi di Malaysia. Penubuhan universiti ini berasaskan percantuman antara Kolej Pertanian Serdang dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Kolej Pertanian Serdang pada awalnya adalah Sekolah Pertanian, Serdang, Selangor yang ditubuhkan pada 21 Mei 1931. Pembukaan rasmi sekolah tersebut telah dilakukan oleh John Scott, pegawai pentadbir bagi kerajaan Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tujuan Sekolah Pertanian ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian. Sekolah ini terletak di kawasan seluas 8.9 hektar di Serdang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RASHDAN BABA, TAN SRI | RASHDAN BABA, Tan Sri (1935 - ), pentadbir akademik dan tokoh korporat. Dia lahir pada 31 Oktober 1935 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama penuhnya ilaah Mohd. Rashdan bin Baba. Dia mendapat pendidikan awal di Negeri Sembilan. Dia memperoleh diploma dari Kolej Pertanian Serdang, Selangor dan ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Reading, United Kingdom. Pada tahun 1964, dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari University of Leeds, United Kingdom. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUHD. DAUD BAHARUM | MUHD. DAUD BAHARUM (1938- ), penulis dan penyusun kamus. Dia lahir pada 8 Mac 1938 di Serdang, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya hingga Darjah Lima, manakala pengajian menengahnya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam hingga Darjah Sembilan. | BAHASA | Tokoh |
MOHAMED NASIR, DATO' | MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977). Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya. Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NAYAN ARIFFIN, TAN SRI | NAYAN ARIFFIN, Tan Sri (1934- ) Naib Canselor yang kedua, Universiti Pertanian Malaysia (1982-1994). Dia lahir pada 3 Jun 1934 di Batu Maung, Pulau Pinang. Dia mendapat penididikan di Sekolah Melayu Batu Maung (1941-1946) dan di Sekolah Francis Light (1946-1949). Dia meneruskan pendidikan menengah di Penang Free School (1950-1953). Nayan lulus diploma daripada Kolej Pertanian Malaya, Serdang pada tahun 1957. kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Louisiana State University dalam bidang pertanian dan pendidikan pengembangan dan memperoleh ijazah Ssarjana Muda Sains Pertanian (1969) dan ijazah Sarjana Pendidikan Sains Lanjutan (1970). Dia memperoleh ijazah Doktof Falsafah dari University of Wisconsin, Madison, Amerika Syarikat pada tahun 1975. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, universiti kebangsaan pertama dalam sejarah pendidikan negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Universiti ini ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bertempat di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Seramai 190 orang pelajar telah diambil memulakan pengajian tahun pertama dengan 73 orang tenaga pengajar. Dr. Rashdan Baba dari Kolej Pertanian Serdang (Malaya) telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN | MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN ( ? -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |