| KAUNTERPOIN | Kaunterpoin ialah istilah muzik bagi dua atau lebih melodi bebas yang dimainkan serentak. Kaunterpoin juga dikenali sebagai polifoni. | UMUM | |
| EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA | EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.
| BAHASA | Bahasa |
| MINGGU BAHASA KEBANGSAAN | Minggu Bahasa Kebangsaan (MBK) ialah aktiviti kebahasaan yang berlangsung selama satu minggu secara serentak di seluruh Tanah Melayu. Ia dilancarkan pada 30 Januari 1960 dan berakhir pada 6 Februari 1960. | BAHASA | Kegiatan |
| MERGENTHALER, OTTMAR | Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat peranti yang mempunyai papan kekunci yang menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan mengatur seluruh baris huruf secara serentak. | UMUM | |
| ORFF, CARL | Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya menggabungkan muzik instrumental, nyanyian, dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat. Dia menggunakan peralatan perkusi untuk menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga. Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa yang dinyanyikan secara serentak. | UMUM | |
| MINGGU BAHASA | MINGGU BAHASA, gerakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap bahasa kebangsaan negeri ini serta menggalakkan penggunaannya. Pada 7 Januari 1958, suatu pengumuman telah disiarkan melalui Radio Malaysia (kini RTM) untuk mengadakan gerakan ‘Minggu Bahasa’ yang akan dijalankan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan diadakan minggu tersebut adalah untuk meluaskan lagi pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk menarik perhatian orang ramai, semua kaum dan bangsa dalam negeri ini kepada bahasa kebangsaannya dan untuk meninggikan semangat ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. | BAHASA | Kegiatan |