Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting. Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah yang terselamat daripada kerosakan besar dalam Perang Dunia II (1939–1945). |