SERIGALA JADIAN | Serigala jadian, menurut kepercayaan tahayul, ialah orang yang menukar dirinya menjadi serigala. Dalam bahasa Inggeris, perkataan werewolf berasal daripada istilah Inggeris Lama, iaitu werwulf , yang bermaksud serigala-manusia . Serigala jadian terdapat dalam kebanyakan cerita lama. Dalam beberapa cerita, ia menukar dirinya menjadi serigala dengan menyarung kulit serigala ke badannya, dengan meminum air daripada kesan tapak kaki serigala, atau dengan menyapu salap ajaib pada tubuhnya. Dalam cerita lain pula, manusia ditukar menjadi serigala jadian oleh kuasa sakti orang lain. | UMUM | |
SERIGALA | Serigala ialah satu daripada anggota yang terbesar dalam famili anjing. Serigala mahir memburu dan mangsa utamanya ialah haiwan bertelapuk, seperti karibu, rusa, elk, dan moose . Ramai orang takutkan serigala. Mereka percaya bahawa serigala menyerang manusia, dan bunyi lolongannya yang menyeramkan menakutkan mereka. Tetapi, serigala seboleh mungkin menjauhkan diri daripada manusia | UMUM | |
SERIGALA BERBULU | Serigala berbulu ialah nama sejenis haiwan besar yang menyerupai serigala yang terdapat di Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai bulu berwarna merah kekuningan dan berwarna gelap di bahagian leher, bahu, kaki dan hidungnya. Serigala ini membesar sehingga 1.5 meter panjang, dan berkaki panjang yang membolehkan haiwan ini melihat atas rumput yang tinggi. Ketinggiannya kira-kira 75 sentimeter pada paras bahu. | UMUM | |
KEDIAMAN HAIWAN | Kediaman haiwan lihat Beruang (Anak beruang); Rubah (gambar); Serigala (Anak serigala). | UMUM | |
ANUBIS | Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali digambarkan sebagai anjing atau serigala yang sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth, pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth. | UMUM | |
BORZOI | Borzoi yang juga dinamakan anjing serigala Rusia, ialah anjing yang asalnya dibiakkan di Rusia untuk mengejar haiwan buruan. Perkataan borzoi dalam bahasa Rusia bermakna pantas. | UMUM | |
TARANTULA | Tarantula ialah nama biasa bagi mana-mana satu daripada sekumpulan labah-labah yang kebanyakannya besar, berbulu. Tarantula didapati dalam iklim panas di seluruh kawasan tropika. Sesetengah tarantula hidup lebih daripada 20 tahun. Tarantula mendapat namanya daripada labah-labah serigala yang besar yang terdapat di sekitar Taranto, di selatan Itali. Orang di kawasan ini pernah percaya bahawa gigitan labah-labah ini menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai tarantisme . Mangsa kononnya meloncat ke udara dan berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi yang pelik. Mengikut kepercayaan karut ini, ubat yang terbaik adalah tarian rakyat Itali yang rancak, yang menjadi terkenal sebagai tarantella . | UMUM | |