| GAS SEROMBONG | Gas yang dihasilkan daripada proses pembakaran sesuatu bahan api termasuk nitrogen daripada udara dan oksigen dariapada udara lebihan yang dibekalkan tetapi tidak termasuk air. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
| FENOMENON PENGANGKUTAN | Mekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
| STIM | Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas. Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada 100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan pada gas putih yang keluar daripada serombong kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih dikenali sebagai stim panas lampau. | UMUM | |