Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan men­jadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serpih (adjektif)
Bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cempek, sobek, cebeh-cebeh, sontak;,
Kata Terbitan : menyerpih, serpihan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERPIH

Serpih ialah pemecahan sebarang benda kepada

kepingan yang lebih kecil. Bom atau bahan api

serpih telah digunakan bagi menentang kumpulan

askar, trak, dan kapal terbang di pangkalan.

Senjata ini mempunyai sarung yang berat yang

apabila meletup, terpecah kepada ribuan

serpihan kecil (kepingan).

UMUM 
MINYAK LINSID

Minyak linsid diperoleh daripada biji flaks. Ia

adalah sejenis minyak pengering – iaitu, ia

menyerap oksigen dari udara untuk membentuk

satu lapisan teguh yang tahan pecah, serpih, dan

tahan perubahan cuaca. Minyak linsid digunakan

terutamanya dalam dakwat percetakan, cat, varnis,

linoleum, dan lain-lain keluaran perindustrian. Di

samping itu, ia kadangkala digunakan sebagai

rawatan pelindung bagi konkrit.

UMUM 

Kembali ke atas