Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau meng­ucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pe­gawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputus­annya akan diserukan kemudian; 3. meng­anjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sastera­wan, wartawan, dan ahli sains Melayu sa­ngat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, meng­gembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menye­rukan): Abu Talib telah memberi sepenuh­-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berseru 1 memanggil atau melaung dgn suara yg nyaring; berteriak: Bagai ~ di padang pasir. 2 membuat ajakan atau anjuran: Beliau telah ~ kpd sekalian yg hadir supaya belajar rajin-rajin. menyeru 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. menyerukan 1 mengucapkan atau memberitahukan sesuatu dgn nyaring: Keputusan acara lumba lari akan diserukan dgn alat pembesar suara. 2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata-senjata moden. seruan 1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran. penyeru orang yg menyeru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seru I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANDA SERU

Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan

sebagai <i> ! i>di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan

perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia

menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa

sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang

mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang

lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya

digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan

emosi yang kuat.

UMUM 
KATA SERU

Kata seru ialah kata yang digunakan dalam ayat

sebgai unsur bebas. Dari segi nahu, ia tidak

berkaitan dengan kata lain. Istilah ini, dalam bahasa

Inggeris <I>interjectionI>, berasal daripada kata Latin

yang bermakna <I>tercampak di antaraI>. Kata seru tidak

mempunyai ciri-ciri bentuk yang boleh dikenal

pasti, tetapi boleh digambarkan dalam cara

penggunaannya.

UMUM 
AYAT SERU

Ayat seru ialah ayat untuk menyatakan perasaan gembira, sedih, marah, terkejut dan lain-lain.

BAHASAKonsep
AYAT

Ayat ialah satu siri kata yang disusun menjadi unit

yang bermakna. Ia bermula dengan huruf besar

dan berakhir dengan tanda baca – tanda titik, tanda

tanya, atau tanda seru. Dalam bahasa Inggeris, ayat

yang lengkap dari segi tatabahasanya terdiri

daripada kumpulan kata yang bebas, yang

mempunyai subjek dan predikat. Predikat mestilah

termasuk kata kerja <i> finitum i> . Kata kerja itu, berserta

subjek, boleh membentuk ayat – contohnya, <i> The i>

<i> lightning flashed. i>

UMUM 
DOA

Doa, berasal daripada perkataan Arab <I style="mso-bidi-font-style: normal">duI><I style="mso-bidi-font-style: normal">I><I style="mso-bidi-font-style: normal">aI><I style="mso-bidi-font-style: normal">I> bermaksud seru, panggil atau minta. Kebiasaannya doa merujuk kepada permohonan seseorang kepada Allah SWT.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas