Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diper­buat drpd kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serunai I

Puisi
 

Ketuk gendang tiup serunai,
     Raja berarak dari seberang;
Putih mata burung punai,
     Ara masak ditunggu helang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERUNAI

SERUNAI, alat muzik jenis tiupan berpipit. Alat muzik ini dikatakan ditiru daripada  serunai berpipit  kembar dari Timur Tengah yang dipanggil ‘Surnay’.  Serunai mempunyai pipit berlapis-lapis dan susunan pelidahnya mempunyai dua lapisan kembar sebanyak empat lapis.  Pelidahnya diperbuat daripada daun lontar atau daun thai yang dipanggil pipit.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas