Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata service


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERVICE, JAMES

Service, James (1823–1899) ialah pemimpin

politik Australia yang menjadi pemimpin gerakan

persekutuan yang mencetuskan pembentukan

Komanwel Australia pada tahun 1901. Service ialah

perdana menteri Victoria pada tahun 1880 dan dari

tahun 1883 hingga tahun 1886. Pada tahun 1884, dia

telah menubuhkan majlis persekutuan yang

dikuasainya sehingga tahun 1889. Dia mewakili

Victoria di persidangan kolonial London pada tahun

1887, dan di persidangan persekutuan di Sydney

pada tahun 1890. Service lahir di Kilwinning,

Ayrshire, Scotland. Dia berhijrah ke Melbourne

pada tahun 1853.

UMUM 
SERVICE, ROBERT WILLIAM

Service, Robert William (1874–1958) ialah

penyair Kanada yang mengarang balada yang

bertenaga tentang kehidupan di perbatasan di

Wilayah Yukon. Tulisannya ini membolehkan

Service dikenali sebagai Kipling Kanada. Banyak

baladanya juga memerikan keindahan Yukon.

UMUM 
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA

Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS –

National Health Service) ialah sistem penjagaan

kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan

perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada

semua penduduknya. Negara-negara lain juga

mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi

berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk

langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan

perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar

terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga

yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui

skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat

dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak

dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat

kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah

milik awam.

UMUM 
KAMARUDDIN HAJI IDRIS, DATO

KAMARUDDIN HAJI IDRIS, Dato’ (1905-    ), pentadbir. Dia lahir di Petaling Jaya, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah menamatkan persekolahannya, dia berkhidmat sebagai pelatih pada tahun 1920 sebelum dilantik sebagai pegawai dalam Malayan Administrative Service (MAS) pada 1 Mac 1923. Kemudian dia dilantik sebagai pegawai Malayan Civil Service (MCS) pada 1 Januari 1935. Pada 1 Februari 1948, dia dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu yang pertama. Pada tahun 1950, dia dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANUGERAH LAURA INGALLS WILDER

Anugerah Laura Ingalls Wilder ialah

anugerah kesusasteraan Amerika, yang diberikan

kepada mana-mana pengarang atau ilustrator, yang

diterbitkan di Amerika Syarikat, yang telah

memberi “sumbangan yang lumayan dan

berkekalan” kepada kesusasteraan kanak-kanak.

Association for Library Service to Children

(Persatuan Perkhidmatan Perpustakaan untuk Kanak-

kanak), satu cabang Persatuan Perpustakaan

Amerika memilih pemenangnya. Anugerah ini telah

diadakan pada tahun 1954 untuk memperingati

Laura Ingalls Wilder, seorang pengarang Amerika

yang terkenal dengan siri ‘Little House’nya.

Anugerah berupa sebuah pingat gangsa itu

menggambarkan Wilder sebagai seorang kanak-

kanak yang sedang memegang anak patung.

Anugerah ini diberikan setiap lima tahun dari tahun

1960 hingga 1980. Sejak tahun 1980, anugerah

tersebut diberikan setiap tiga tahun.

UMUM 
TUNKU MOHAMED TUNKU BESAR BURHANUDDINTUNKU MOHAMED TUNKU BESAR BURHANUDDIN, Tan Sri (1914-1995), diplomat dan Ketua Setiausaha Negara yang ketiga (1969-1970).  Dia lahir pada 19 April 1914 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.  Dia mendapat pendidikan awal di Seri Menanti sebelum melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsa (MCKK), Perak.  Pada tahun 1934, Tunku Mohamed memasuki Malay Administrative Service (MAS).  Kemudian dia diserapkan ke Malayan Civil Serive dan memegang jawatan pentadbir pada peringkat negeri dan Persekutuan.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SENOI PRAAQ

SENOI PRAAQ, satu pasukan bantuan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).  Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk  menghadapi ancaman komunis terhadap masyarakat Orang Asli.  Senoi Praaq bermakna Orang Perang atau Orang lawan Orang Asli.  Sejarah penubuhan pasukan ini bermula pada masa Darurat (1948-1960), ketika komunis menghasut masyarakat Orang Asli supaya menyertai perjuangan mereka menentang kerajaan.  Pengganas komunis telah memperalatkan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan memberikan maklumat tentang pergerakan pasukan keselamatan.  Untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli, pihak British menubuhkan satu unit Praaq pada bulan Mei 1956.  Pasukan tersebut diketuai oleh Lt. Kol. R.O.D. Noore, penasihat Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).  Pasukan ini diberi latihan senjata api dan taktik berperang oleh Rejimen 22, Special Air Service (SAS).  Kumpulan pertama pasukan ini terdiri daripada 40 orang yang dibahagikan kepada empat seksyen, iaitu 10 orang setiap seksyen.  Sebahagian besar anggota terdiri daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali menyokong kerajaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas