RETURNED SERVICES LEAGUE OF AUSTRALIA | Returned Services League of Australia yang lebih dikenali sebagai R.S.L. , ialah sebuah persatuan yang memberi keutamaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya, serta bekas anggota perajurit lelaki dan wanita termasuk tanggungan mereka. Persatuan ini mempunyai lebih kurang 270 000 ahli. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai satu pertubuhan kebangsaan pada 6 Jun 1916. | UMUM | |
ANN ABDUL MAJID | ANN ABDUL MAJID, Datin (1928 - ), tokoh kebajikan masyarakat. Dia lahir pada 20 Mac 1928 di Kuala Lumpur. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Baru pada tahun 1934 dan kemudian dia meneruskan persekolahan di Sekolah Convent Kuala Lumpur pada tahun 1938. Dia melanjutkan pengajian di London School of Economics dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan mendapat Diploma of Social Sciences. Dia juga mendapat Diploma in Administratration of Rehabilitation Services, Toronto, Kanada. | BUDAYA | Konsep |