Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sa.ma] | سسام

Definisi : antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sa.ma] | سسام

Definisi : sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesama

Puisi
 

Orang mengail umpan keridik,
     Habis umpan berganti daun;
Orang bermain sesama cerdik,
     Habis bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKOLOGI

Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji

hubungan benda hidup sesama sendiri dan

dengan persekitarannya.

UMUM 
MUAMALAH

Muamalah ialah urusan sesama manusia bagi tujuan penghidupan.

AGAMAKaedah
PERANG TUJUH TAHUN

Perang Tujuh Tahun (1756–1763) melibatkan

hampir setiap negara di Eropah dan merebak

hingga ke Amerika dan India. Di Amerika, perang

ini dikenali sebagai Perang India dan Perancis. Di

Eropah , Prussia dan Austria berperang sesama

sendiri untuk menguasai Jerman. Great Britain

membantu Prussia dan Perancis pula membantu

Austria . Britain berperang dengan Perancis untuk

menguasai laut dan wilayah di Amerika Utara.

Akibat Perang Tujuh Tahun tersebut, Perancis

kehilangan empayar Amerika Utaranya kepada

Britain .

UMUM 
PYRAMUS DAN THISBE

Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih

dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup

berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi

ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka

tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul

sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap

melalui rekahan dinding di antara rumah mereka.

UMUM 
SOSIOLOGI

Sosiologi ialah satu kajian tentang individu,

kumpulan, dan institusi yang membentuk

masyarakat manusia. Bidang sosiologi meliputi

lapangan yang cukup luas, termasuk setiap aspek

tentang keadaan sosial manusia. Ahli sosiologi

meneliti dan merekod bagaimana manusia

berhubung sesama mereka dan dengan

persekitaran mereka. Mereka juga mengkaji

pembentukan kumpulan; sebab-sebab pelbagai

bentuk tingkah laku sosial; dan peranan sekolah

institusi dan lain yang wujud di kalangan

masyarakat. Sosiologi ialah salah satu bidang

sains sosial dan amat rapat hubungannya

dengan antropologi, psikologi, dan sains sosial

yang lain.

UMUM 
AYYAM AL-‘ARAB

Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan

pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab

pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini

disampaikan oleh para pencerita Arab dan

diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran

pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah

Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab

dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku

antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan

kekurangan sumber kekayaan di padang pasir.

Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang

Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka

menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri

peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al-

‘Arab .

UMUM 
PERSIDANGAN PAN-AMERIKA

Persidangan Pan-Amerika ialah pertemuan

perwakilan daripada negara Amerika Utara, Amerika

Tengah dan Amerika Selatan. Pertemuan ini juga

dikenali sebagai Persidangan Antara-Amerika . Dalam

persidangan ini, negara-negara di benua Amerika

akan berusaha mewujudkan hubungan yang baik

sesama mereka.

UMUM 
AEOLIA

Aeolia ialah nama satu kaum Yunani purba.

Mereka menduduki sebahagian besar kawasan di

timur Greece Tengah sebelum tahun 1150 S.M. Pada

akhir tahun 1100-an S.M., kaum Yunani lain dari

Doria menyerang wilayah Aeolia, dan ramai orang

Aeolia berpindah ke pantai barat Asia Kecil (kini

Turki), dan juga ke Pulau Lesbos dan Pulau Tenedos

yang berdekatan. Daerah pantai ini dinamai Aeolis.

Orang Aeolia menubuhkan satu gabungan yang

longgar sesama mereka. Pulau Lesbos maju sebagai

pusat perdagangan yang sibuk, selain daripada

menjadi tempat pengajian ilmu puisi yang masyhur.

Antara penyair terkenal dari sini termasuklah

Alcaeus dan Sappho.

UMUM 
RACQUETBALL

Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas

dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan

di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola

dengan menggunakan raket yang menyerupai

raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini

dimainkan dalam gelanggang tertutup yang

berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan

6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan

secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam

permainan bola raket cut-throat , tiga pemain

bersaing sesama sendiri.

UMUM 
NARWHAL

Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik.

Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin

kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari

bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya

adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah

narwhal, kebanyakannya narwhal betina

mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal

betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang

muda menggunakan taring masing-masing untuk

bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang

diketahui, narwhal dewasa tidak pernah

menggunakan taringnya. Bagaimanapun,

kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung

taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan

untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan.

UMUM 
12

Kembali ke atas