Sesendal ialah silinder berongga yang
digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam
bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat
elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin
digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi
untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga
mungkin digunakan untuk menyambungkan paip
dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.
Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada
plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam
antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat
elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk
menebat sambungan litar.