Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesetengahnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURAL

Mural ialah gambar atau reka bentuk yang

menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi

dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya

menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman

hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik.

Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya

pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan

keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi

sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil

kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini

dinamakan mozek. Rencana ini hanya

membincangkan mural yang dilukis.

UMUM 
YABBY

Yabby ialah udang krai air tawar di Australia.

Terdapat banyak jenis, sesetengahnya besar, tetapi

kebanyakannya kecil. Kesemua yabby dicirikan

oleh sepasang “penyepit” yang tegap.

UMUM 
MAKAM

Makam ialah tempat menguburkan mayat.

Sesetengah makam dibina dengan menebuk

batuan, dan sesetengahnya dibina di atas tanah.

Manusia purba menggunakan makam untuk

menjaga mayat agar selamat. Orang Mesir

percaya bahawa roh orang yang sudah meninggal

akan datang mengunjungi makamnya. Mereka

mendirikan Piramid, iaitu makam paling besar di

dunia, untuk raja-raja mereka .

UMUM 
TAMMAR

Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia

berbulu perang dan leher, dada dan perutnya

berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter

tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram

dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam

kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai,

dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia

hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia

juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan

dan semak samun di desa.

UMUM 
ADDER

Adder ialah nama yang diberi kepada beberapa

spesies ular di banyak tempat di dunia. Sesetengah

ular ini berbisa dan sesetengahnya tidak. Ular kapak

Eropah biasanya dinamakan adder di United

Kingdom. Ia ialah satu-satunya ular berbisa di

negara itu. Puff adder di Afrika ialah ular besar

membawa maut yang badannya bercorak.

UMUM 
AMERIKA BRITISH

Amerika British, merujuk kepada bahagian

utara dan selatan Amerika yang mempunyai

hubungan politik dengan United Kingdom (UK).

Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti

Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British,

Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat,

dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara

merdeka yang menjadi sebahagian daripada

Amerika British. Negara-negara seperti ini

termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas,

Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada,

Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St.

Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad

dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika

British ialah anggota Negara-negara Komanwel.

UMUM 
ARUM

Arum ialah nama satu famili besar tumbuhan.

Terdapat lebih daripada 2000 spesies arum.

Kebanyakannya tumbuh di kawasan tropika dan

subtropika, tetapi sesetengahnya tumbuh di

kawasan iklim sederhana. Kebanyakan arum

beracun. Di dalam famili arum, kira-kira 12 spesies

diketahui sebagai arum sebenar.

UMUM 
SWEET PEA

Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang

tergolong dalam famili yang sama dengan famili

kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan

dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea

berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih.

Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama.

Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada

sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak

baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut

dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin

kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah

atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau

junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka

yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya,

everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom.

Bunganya besar dan berwarna samar magenta.

UMUM 
OKTAHEDRON

Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan

lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah

pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron

tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya

mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain.

Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai

oktahedron sekata ialah polihedron cembung

dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada

sebarang segitiga sama sisi.

UMUM 
MONYET TUPAI

Monyet tupai ialah monyet kecil, berwarna

cerah yang hidup dalam kumpulan yang besar.

Kebanyakan kumpulan terdiri daripada 10 ekor

hingga 50 ekor monyet, tetapi sesetengahnya

mempunyai sehingga 500 ekor. Monyet tupai

hidup di hutan di Amerika Tengah dan Amerika

Selatan, dari Costa Rica hingga ke Bolivia. Ia

bergerak pantas di atas pokok dan di tanah,

mencari buah dan serangga untuk dimakan. Ia

menggunakan ekor yang panjang sebagai

pengimbang apabila berdiri atau melompat, tetapi

bukan untuk berpaut. Kebanyakan monyet tupai

membesar kira-kira 30 sentimeter panjangnya,

tidak termasuk ekornya dan beratnya kurang

daripada satu kilogram. Monyet tupai

kebanyakannya berwarna kuning atau kuning

kehijauan. Belakangnya berwarna kelabu abu atau

perang kemerahan dengan warna keemasan atau

hijau buah zaitun. Leher, muka dan dadanya

berwarna putih atau kuning cerah. Hidung dan

bahagian mulutnya yang berbeza ketara dengan

berwarna hitam bulu putih di sekeliling matanya.

Lihat juga Hutan hujan tropika (gambar: Monyet

tupai).

UMUM 
12345

Kembali ke atas