Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.si] | سيسي

Definisi : (sési) 1. tempoh (penggal, semester, atau tahun) pengajian di universiti dll: ~ pertama bermula pd bulan Jun; 2. suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti: ~ temu duga; 3. perjumpaan sekumpulan pegawai (mahkamah, parlimen, dsb) utk se­suatu tujuan, sidang: ~ parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sesi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan semester: penggal

2. Bersinonim dengan sidang: pertemuan, perjumpaan.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARLIMEN LANJUT

Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi

Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa

rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653.

Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya

pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula

dengan perbalahan secara langsung dengan Raja

Charles I, kemudian bersidang semula semasa

Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke

atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa

kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya

dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada

Parlimen baharu di bawah Raja Charles II.

UMUM 
RAZALI ISMAIL, TAN SRI

Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden

Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996

hingga September 1998. Dia ialah orang keempat

dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan

tersebut dalam masa 52 tahun semenjak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan

pada tahun 1945.

UMUM 
RABIN, YITZHAK

Rabin, Yitzhak (1922–1995) ialah Perdana

Menteri Israel yang dilantik pada tahun 1992.

Sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri bagi

sesi pilihan raya pada tahun 1974–1977, dia adalah

Ketua Turus Angkatan Tentera Israel.

UMUM 

Kembali ke atas