MOORE, MARIANNE | Moore, Marianne (1887–1972), setaraf dengan Emily Dickinson di kalangan penyair wanita terbaik Amerika. Walaupun sesetengah puisinya sukar untuk difahami, Moore menggarap puisinya dengan baik sekali. Dia sering menggunakan bentuk puisi di mana bilangan dan susunan suku kata adalah elemen kawalan dan bukan mengikut pola irama atau rima bercorak konvensional. | UMUM | |
SULLIVAN, LOUIS HENRI | Sullivan, Louis Henri (1856–1924), arkitek Amerika yang terulung, setaraf dengan Frank Lloyd Wright dan Henry Hobson Richardson. Pengaruh Sullivan berkembang kualiti dan keaslian reka bentuknya, serta tulisan perseptifnya tentang teori seni bina. Dia adalah Ketua Sekolah Seni Bina Chicago. | UMUM | |
MOLTKE, HELMUTH KARL VON | Moltke, Helmuth Karl von (1800–1891) ialah tentera Prussia yang bijak. Dia hampir setaraf dengan Putera Otto von Bismarck sebagai pembina Empayar Jerman. | UMUM | |
ZHUANGZI | Zhuangzi, juga dieja Chuang Tzu, ialah ahli falsafah China pada tahun 300-an SM. Dia setaraf dengan Laozi (Lao Tzu) sebagai tokoh penting dalam membina falsafah Taoisme. Zhuangzi berkemungkinan telah menulis sebahagian daripada buku Zhuangzi, yang diberi nama sempena namanya. | UMUM | |
AWS IBN HAJAR | Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi. Umurnya sangat panjang namun sesetengah pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan tarikh kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam. Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”. | UMUM | |
PERSATUAN BAHASA MELAYU | PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia. Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu. Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun. Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya. Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu. | BAHASA | Persatuan |
DATO' BANDAR SUNGAI UJONG | DATO’ BANDAR SUNGAI UJONG, gelaran pembesar yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Manakala Syahbandar, pembesar ketiga di Sungai Ujong pula telah ada pada zaman Kesultanan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
KAMUS LENGKAP | KAMUS LENGKAP, kamus yang diterbitkan oleh Pustaka Zaman (1986) dan disusun oleh Awang Sudjai bin Hairul Yusoff Khan. Kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa (Melayu-Inggeris) yang memaparkan keseluruhan unit leksikal sesuatu bahasa. Kamus Lengkap menggariskan beberapa ciri yang istimewa yang istimewa yang membezakannya daripada jenis kamus yang setaraf dengannya. Seperti yang tercatat dalam kata pengantarnya, kamus ini memuatkan hampir 55 000 kata masukan yang dianggap terbesar selain Kamus Inggeris-Melayu Dewan (38 000 entri, tidak termasuk kata turunan). Sejak penerbitan pertama pada tahun 1977, kamus ini telah dikemas kini untuk edisi 1988 dengan perubahan besar, iaitu menggunakan ejaan Rumi baru. | BAHASA | Penerbitan |
ADAT PERKAHWINAN TORAJA | ADAT PERKAHWINAN TORAJA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Toraja di Sulawesi, Indonesia. Adat perkahwinan ini berdasarkan pandangan hidup mereka yang disebut ‘aluk-tudolo’ iaitu hidup sederhana sepadan dengan kemampuan dan petunjuk alam. Upacara adat perkahwinan (siala atau sipabaine) diadakan secara sederhana dan dalam waktu beberapa hari sahaja. Lazimnya, mereka mencari pasangan daripada golongan yang setaraf. Merisik | BUDAYA | Konsep |