NIRVANA | Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam setengah-setengah agama orang India, terutama Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang individu terhadap duniawi seperti gilakan kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan. | UMUM | |
JEMBALANG | JEMBALANG, hantu tanah. Di setengah-setengah negeri, jembalang dikenal sebagai jemalang atau jumalang. Jembalang dipercayai berpuaka, berasal daripada uri, termbuni ataupun tentuban dan tinggal di dalam gaung, busut, kayu atau batu. | BUDAYA | Makhluk |
PERAYAAN SAINT NICHOLAS | Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak- kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi santo penaung kepada kanak-kanak semenjak Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint. Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan paginya mereka mendapati jerami dan lobak merah tadi telah digantikan dengan mainan- mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak- kanak itu nakal, dia akan menerima rotan penyebat. | UMUM | |
ORANG PUSHTUN | Orang Pushtun ialah salah satu kumpulan etnik yang terbesar di Afghanistan dan Pakistan. Kumpulan itu merangkumi kira-kira setengah jumlah penduduk Afghanistan dan kira-kira satu per lima daripada jumlah penduduk Pakistan. Kebanyakan orang Pushtun tinggal berhampiran dengan sempadan di antara Afghanistan dengan Pakistan – di bahagian timur Afghanistan atau bahagian barat Pakistan. | UMUM | |
EPAL MAY | Epal May ialah tumbuhan Amerika yang tergolong dalam famili barberi. Ia hidup liar di kawasan berhutan di setengah bahagian selatan Amerika Syarikat. | UMUM | |
ARIZONA | Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika keturunan Mexico juga tinggal di Arizona. Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam, makanan, dan nama tempat. | UMUM | |
SUSU PEKAT | Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan air daripada susu untuk mengurangkan isi padu susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2 yang baik. | UMUM | |
PETIT POINT | Petit point ialah bentuk sulaman yang halus, selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus. Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau jahit setengah (half stitch). | UMUM | |
SHETLAND | Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100 buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer di timur laut tanah besar Scotland. Shetland ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau, yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan tempatan Scotland. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland, ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk. | UMUM | |
ORANG UTAN | Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya 90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira- kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil. | UMUM | |