Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 
MOHD. MA'AMON NORMOHD. MA’AMON NOR (  ? -   ? ), nasionalis Sarawak. Mohd. Ma’mon Nor atau lebih dikenal dengan nama Mohd. Nor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching, Sarawak. Dia adalah anak Melayu pertama di Sarawak yang lulus peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1932. Dia pernah berkhidmat di Jabatan Pos dan Telegraf selama dua setengah tahun sebelum menceburi bidang perniagaan dan menubuhkan sekolah malamnya sendiri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERAYAAN SAINT NICHOLAS

Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak-

kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari

jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop

di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi

santo penaung kepada kanak-kanak semenjak

Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan

terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah

negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka

dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint.

Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan

paginya mereka mendapati jerami dan lobak

merah tadi telah digantikan dengan mainan-

mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak-

kanak itu nakal, dia akan menerima rotan

penyebat.

UMUM 
ARIZONA

Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika

Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering

menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada

setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu

negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah

rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku

daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli

Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina

melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika

keturunan Mexico juga tinggal di Arizona.

Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam,

makanan, dan nama tempat.

UMUM 
SHETLAND

Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100

buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer

di timur laut tanah besar Scotland. Shetland

ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau,

yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai

sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan

tempatan Scotland. Lebih daripada setengah

penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang

terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang

berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland,

ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu

per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk.

UMUM 
SYEKEL

Syekel ialah unit mata wang Israel. Perkataan syekel

pada asalnya bermakna satu unit berat. Syekel telah

digunakan sebagai pemberat oleh orang Babylon,

Phoenicia, dan Yahudi Kuno. Kitab Bible kerap

merujuk kepada syekel Yahudi. Beratnya kira-kira 218

grain, atau kira-kira 14 gram. Syekel pertama kali

digunakan sebagai wang dalam bentuk ketulan emas

dan perak. Orang Yahudi mencipta duit syiling syekel

yang pertama sekitar tahun 66 M. Duit syiling syekel

perak bernilai setengah dan suku juga telah dicipta.

UMUM 

Kembali ke atas