Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها

Definisi : 1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2. pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian (jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dsb: Ketua S~ Kemen­terian Luar Negeri; ~ Persatuan Sejarah Malaysia; ~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan se­terusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar; ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tu-gas atau berkhidmat secara sukarela (tidak di­beri gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-­tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd men­teri dlm urusan yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; kesetiausahaan (segala urusan) yg berkait­an dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها

Definisi : 1 pekerja yg menye­leng­garakan urusan surat-menyurat atau membuat peringatan dll utk seseorang pegawai tinggi. 2 pegawai yg mengurus hal surat-menyurat (menjaga daftar keahlian, membuat rekod dll) sesuatu persatuan atau kelab. 3 pegawai yg mengurus pentadbiran sesuatu ja­batan dll. ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tugas atau yg berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah). kesetiausahaan segala urusan yg berkaitan dgn tugas setiausaha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setiausaha


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG SETIAUSAHA

Burung setiausaha ialah burung Afrika yang

tinggi yang mempunyai bulu pelepah panjang

yang berjurai dari bahagian belakang kepalanya.

UMUM 
ZHAO ZIYANG

Zhao Ziyang (1919–2005), juga dieja Chao Tzuyang,

menjadi setiausaha agung Parti Komunis

China semenjak bulan November 1987 hingga

bulan Jun 1989. Dia memangku jawatan setiausaha

agung semenjak bulan Januari 1987.

UMUM 
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH

Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984),

berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti

Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982

hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada

masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat

berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga

berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the

Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet

pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga

kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia

negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei

1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis.

UMUM 
SEWARD, WILLIAM HENRY

Seward, William Henry (1801–1872),

berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika

Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861–

1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang

terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi

tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan

calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk

pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet

Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab

kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar

negara, negara-negara Eropah tidak memberi

sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri

Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang

yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada

malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang

lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya

sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden

Andrew Johnson.

UMUM 
ROOT, ELIHU

Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang

paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan

keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga

tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha

negara Amerika di bawah Presiden Theodore

Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha

untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat

dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun.

Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk

menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat

dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia

menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai

menghargai sumbangannya terhadap keamanan

dunia.

UMUM 
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER

Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920– ) ialah

diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha

Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia

menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang

memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de

Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang

berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama

dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia

digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir

pada bulan Januari 1992.

UMUM 
U-THANTDiplomat Burma (kini Myanmar), Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1962-1971.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ROMULO, CARLOS PENA

Romulo, Carlos Pena (1899–1985) ialah diplomat

dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai

setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar

Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo

berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika

Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun

1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun

1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi

orang Asia yang pertama memegang jawatan

presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai

presiden University of the Philippines dari tahun 1962

hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan

setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun

1969.

UMUM 
SHULTZ, GEORGE PRATT

Shultz, George Pratt (1920– ), berkhidmat sebagai Setiausaha

negara dalam pentadbiran Presiden Ronald Reagan dari tahun 1982 hingga

tahun 1989. Sebelum itu dia memegang beberapa

jawatan penting semasa berkhidmat dengan

Presiden Richard M. Nixon. Shultz juga berkhidmat

di Amerika Syarikat dan di luar negara sebagai

penasihat kerajaan dan kumpulan pengurusan dan

buruh. Sebagai penimbang tara dalam pertikaian

buruh, dia terkenal kerana sikap adilnya dan

keupayaannya mencari jalan penyelesaian.

UMUM 
ZUCKERMAN, LORD

Zuckerman, Lord (1904–1993) ialah ketua

penasihat sains kerajaan United Kingdom dari

tahun 1964 hingga tahun 1971. Tugas utamanya

ialah menasihati setiausaha luar tentang perlucutan

senjata dari sudut sains. Pada masa yang sama, dia

bertindak sebagai ketua penasihat sains kepada

setiausaha negara bagi pertahanan.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas