| SENI MANIK | Seni manik ialah seni membuat atau menghias objek dengan manik. Ia digunakan untuk mencipta aksesori seperti tali pinggang, jalur leher baju, dan jalur pergelangan tangan; dan untuk menghiasi pakaian, dompet, dan barang-barang yang lain. Barang kemas yang dibuat daripada seuntai manik tidak dianggap sebagai seni manik. | UMUM | |
| NAZAM | NAZAM, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya dengan jumlah perkataan lebih dari 10). Seuntai nazam mungkin selesai dengan satu rangkap, tetapi biasanya memerlukan beberapa rangkap atau lirik untuk kenyataan suatu keseluruhan. | SASTERA | Adat |