Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sewa-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEWA

Sewa biasanya merujuk kepada bayaran untuk

menggunakan sesuatu, contohnya rumah. Tetapi

barang lain juga boleh disewa seperti kereta atau

kostum pakaian beragam. Istilah sewa dalam

ekonomi, mempunyai makna teknikal dan sering

digunakan hanya untuk tanah. Rencana ini

membincangkan sewa ekonomi .

UMUM 
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
SEWA MATI

SEWA MATI, sistem sewa yang tetap dan tidak boleh diubah dalam pembahagian hasil tanaman.  Jika perlu, penyewa terpaksa menyerahkan semua hasil tanaman atau terpaksa membeli daripada sumber lain untuk mencukupkan jumlah sewa yang telah ditetapkan.  Di sesetengah tempat, sistem sewa mati ini dikenal juga dengan nama sistem pajak.

BUDAYASistem
SEWA HIDUP

SEWA HIDUP, sistem sewa dalam pembahagian hasil pertanian yang membolehkan peraturan atau persetujuan yang dibuat boleh diubah-buah, jika timbul keperluan penyewa atau pemilik tanah.  Sistem sewa ini diamalkan oleh masyarakat Melayu luar bandar. 

BUDAYASistem
MU'AMALAT

Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di

kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan

kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian

dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah

pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu

barangan seperti pakaian, rumah dan tanah

kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli

mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah

memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu

barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya

dalam suatu tempoh masa tertentu

dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula

ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis

dengannya mengikut kadar penambahan tertentu.

Ia termasuk dalam jual beli yang haram.

Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik

barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah.

UMUM 
PAJAK

PAJAK, system sewa yang berkait dengan kegiatan pertanian. Pajak melibatkan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Pemajak ialah orang yang membayar wang kepada pemilik tanah. Persetujuan ini adalah mengikut tempoh musim pertanian itu. Pemajak hendaklah melunaskan bayaran pajak dengan membayar dahulu secara tunai kepada tuan tanah. Jangka masa yang diliputi dalam pajakan ini boleh melebihi setahun. Biasanya tempoh pajakan adalah antara tiga hingga lima tahun, dan kadar pajakan adalah lebih rendah daripada harga pasaran hasil pajakan itu.

BUDAYASistem
AL-IJARAH

Al-Ijarah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan sewa pajak Islam. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas