ILMU MEKANIK | Ilmu mekanik ialah bidang fizik yang mengkaji kesan daya terhadap pepejal, cecair dan gas sewaktu pegun dan sewaktu bergerak | UMUM | Umum |
AERODINAMIK | Aerodinamik ialah kajian mengenai daya yang bertindak pada objek sewaktu ia bergerak melalui udara atau gas lain. Daya aerodinamik bertindak pada kapal terbang dan sebarang objek lain yang bergerak melalui udara. Ahli sains dan jurutera mengkaji daya aerodinamik kerana daya ini menjejaskan pergerakan objek. | UMUM | |
PRIAM | Priam dalam mitologi Yunani, ialah raja terakhir Troy dan pemerintah kota tersebut sewaktu Perang Trojan dengan Yunani. Dia terkenal kerana kebaikannya, kemuliaan dan rasa hormatnya kepada dewa-dewa. Isteri Priam ialah Hecuba (atau Hecube). Priam mempunyai 50 orang anak lelaki dan 50 orang anak perempuan bersama-sama Hecuba dan perempuan-perempuan lain. Anaknya yang terkenal ialah putera Hector dan Paris serta puteri Cassandra. | UMUM | |
KAISON | Kaison di dalam bangunan ialah satu ruang kedap air yang digunakan sewaktu pembinaan asas bangunan, jambatan, terowong, dan struktur lain. | UMUM | |
EMDEN | Emden ialah nama sebuah kapal Jerman yang ditempatkan di Laut China dan Lautan Hindi sewaktu Perang Dunia I. Ia menenggelamkan atau menawan 22 buah kapal dagang, menyerang pelabuhan Pulau Pinang dan meletupkan sebuah stesen minyak di Madras. | UMUM | |
AURANGZEB | Aurangzeb (1618–1707) ialah maharaja yang memerintah kawasan yang kini dikenali sebagai India dan Pakistan dari tahun 1658 hingga kemangkatannya. Sewaktu pemerintahannya sebagai maharaja empayar Mughal, baginda berjaya menawan beberapa negeri di India Selatan. | UMUM | |
DAVIS, SIR COLIN | Davis, Sir Colin (1927– ) ialah pemimpin orkestra Inggeris dan mempunyai kemampuan yang istimewa dalam menginterpretasi keaslian dan kesegaran sewaktu menjalankan tugasnya. | UMUM | |
DES | DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES ialah singkatan nama kimia hormon tersebut, diethylstilbestrol. | UMUM | |
ABU AL-ALIYAH RUFAY | Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al- Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW, usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun mempelajari Islam. Dia sering mendengar pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud, Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah belajar qira’at dengannya. Antara mereka ialah Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’. Dia mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal dengan sifatnya yang zuhud, warak dan mengelakkan diri daripada fitnah. | UMUM | |
S. EFFENDI | S. EFFENDI (1923 - ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia. Nama penuhnya ialah Said Effendi. Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia. Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya. Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh. Suaranya telah memukau pendengar. S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi. Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian. Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah. Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah. | BUDAYA | Tokoh |