Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.war] | سيوار

Definisi : (séwar) sl senjata yg menyerupai tumbuk lada tetapi matanya lebih melengkung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.war] | سيوار

Definisi : /séwar/ pisau senjata yg matanya agak melengkung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sewar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEWAR

SEWAR,  senjata pendek yang berasal dari Sumatera, Indonesia dan digunakan dalam upacara istiadat.  Senjata ini juga dijadikan sebagai senjata sulit kerana senang disorokkan di dalam gulungan kain sarung yang dipakai atau disisipkan di dalam gulungan kain dan tidak mudah kelihatan sama ada dari jauh ataupun dekat. 

BUDAYAAlat/Alatan
SENJATA PENDEK

SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.  Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung.  Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas