MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE, TAN SRI | Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri (1922– ), tokoh politik Malaysia. Dia memberi sumbangan yang besar dalam sejarah politik negara terutamanya di sebalik tabir penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963. | UMUM | |
SHAFIE ABDULLAH, DATO' | SHAFIE ABDULLAH, Tan Sri (1925- ), penulis. Dia lahir pada 25 Julai 1925 di Jitra, Kedah. Shafie menerima pendidikan di Sekolah Melayu Jitra dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Senior Cambridge. Dia juga pernah menerima pendidikan Inggeris dan Jepun. Kemudian Shafie melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, dia mengajar di Sekolah menengah Hamzah, Machang, Kelantan. Shafie pernah mengikuti kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia, (USM), Pulau Pinang. | SASTERA | Tokoh |
SHAFIE ABU BAKAR | SHAFIE ABU BAKAR (1942- ), penyair dan pengkaji kesusasteraan Islam. Dia lahir pada 27 Mei 1942 di Kampung Nyiur, Paka, Terengganu. Shafie mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Nyiur, Paka (1949-1956). Kemudian dia mendapat pendidikan di Madrasah Islahiah dan Sekolah Arab Kuala Berang. Dia lulus Sijil Thanawi (1962) dari Madrasah Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Shafie pernah bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama, Terengganu (1963-1970). Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (1974). Pada tahun 1977, dia memperoleh ijazah Sarjana Persuratan. Pada tahun 1991, Shafie mendapat ijazah Doktor Falsafah. Shafie pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. | SASTERA | Tokoh |
TASLIM | TASLIM, ajaran yang dikatakan telah diasaskan oleh Haji Muhammad bin Shafie (1876-1948), yang juga dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari. Beliau yang berasal dari Pulau Madura, Jawa Timur, Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Ajaran Taslim ini bertapak di Pulau Pinang dan dikatakan mula aktif pada sekitar tahun 1900. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis bagi mengembalikan keamanan negara. MAGERAN ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail. | UMUM | |
SURUHANJAYA COBBOLD | Kapsyen : Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah) SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962. Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |