Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n shah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shah

Puisi
 

Raja Sulung Indera Shah Johan,
     Gagah berani lagi perkasa;
Kalau ada pertolongan Tuhan,
     Mana boleh rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHAH ALAM

Shah Alam (pend. 500 000), ibu negeri Selangor

Darul Ehsan. Shah Alam meliputi kawasan seluas

290 kilometer persegi yang menjadikannya

kawasan perbandaran terbesar di negeri Selangor.

Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer dari

Kuala Lumpur, dan kedudukannya adalah di antara

Kuala Lumpur dengan Kelang. Shah Alam turut

dikenali sebagai Bandar Anggerik.

UMUM 
SHAH JAHAN

Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima

empayar Mughal di India. Baginda menjadi

pemerintah pada tahun 1627. Ketika

pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam

zaman keemasan, dengan bilik kebal yang

dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah

dan mengagumkan.

     Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya

yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih

yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di

Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah

membina sebuah istana yang amat hebat dan luar

biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan

lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan

empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami

kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah

dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak

tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan.

Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi

masalah, dan seorang daripada puteranya telah

merampas takhta daripadanya.

UMUM 
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1926–

2001) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang

ke-11 (1999–2001) dan Sultan Selangor yang kelapan

(1960–2001). Baginda dilantik sebagai Sultan

Selangor menggantikan ayahandanya, Sultan

Hisamuddin Alam Shah Alhaj yang mangkat pada

tahun 1960.

UMUM 
STADIUM SHAH ALAMStadiumSUKANInstitusi/Organisasi
SULTAN AHMAD SHAH

SULTAN AHMAD SHAH (1930 -    ), Sultan Pahang yang kelima (1974 -   ).  Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Baginda diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.  Ayahanda baginda ialah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Bonda baginda ialah Raja Hajah Fatimah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
REZA SHAH PAHLAVI

Reza Shah Pahlavi (1878–1944) ialah raja Parsi

atau kini dikenali dengan nama Iran. Baginda

memerintah dari tahun 1925 hingga tahun 1941.

Sepanjang pemerintahannya, banyak perubahan

dan kemudahan yang disediakan dalam negara

termasuk pembinaan landasan kereta api dan

kilang perindustrian. Sektor pendidikan turut

dimajukan, di samping menambah peluang

pekerjaan dan pendidikan bagi kaum wanita. Dia

juga mengemaskinikan sistem perundangan.

UMUM 
SHER SHAH SURI

Sher Shah Suri (1486–1545), ialah pengembara

Afghan yang memerintah bahagian utara India

pada awal tahun 1500-an sebagai salah sebuah

daripada dinasti Suri. Dia telah hampir

menggulingkan Empayar Mughal (lihat Empayar

Mughal). Walau bagaimanapun, kesan daripada

ketegasan kerajaan semasa pemerintahannya,

empayar tersebut akhirnya menjadi kuat dan

bersatu.

UMUM 
SULTAN AZLAN SHAH

Sultan Azlan Shah (1928– ) ialah Sultan Perak

yang ke-34 (1984– ). Baginda juga terkenal dalam

bidang perundangan dan pernah memegang jawatan

penting seperti Hakim Mahkamah Persekutuan (1973),

Hakim Besar Malaya (1979) dan Ketua Hakim Negara

(1980). Selain itu, baginda pernah menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong dari 29 April 1984 hingga 25

April 1989 dan Yang di-Pertuan Agong dari 29 April

1989 hingga 25 April 1994.

UMUM 
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1907–1979)

ialah sultan negeri Terengganu yang kelima belas.

Baginda ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang

ke-15 pada 6 Jun 1949 di Istana Maziah, Kuala

Terengganu. Baginda dilantik menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pada 21

September 1960 dan kemudiannya menjadi Yang

di-Pertuan Agong yang keempat pada 21

September 1965 hingga 21 September 1970.

UMUM 
SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1927– ) ialah

Yang di-Pertuan Agong yang kelima (1970–1975),

dan Sultan Kedah yang ke-28 (1958– ).

Baginda dilantik sebagai Sultan Kedah menggantikan

ayahandanya, Sultan Badlishah pada 14 Julai 1958.

UMUM 
1234

Kembali ke atas