Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shahnon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 
SHAHNON AHMAD, DATOSasterawan negara.SASTERATokoh
SHAHNON AHMAD, DATO'

SHAHNON AHMAD, Dato’ (1933-     ), penulis, pengkritik dan Sasterawan Negara yang kedua. Dia lahir pada 12 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah.  Shahnon merupakan sasterawan Melayu yang memperjuangkan konsep Sastera Islam dalam kesusasteraan Melayu.

SASTERATokoh
AL-SYIQAQ I'

AL-SYIQAQ I’, novel yang ke-11 karya Shahnon Ahmad yang dihasilkan pada tahun 1985, mengandungi 85 bab yang membentangkan persoalan hidup ahli-ahli zuriat satu keluarga daripada empat generasi dalam tiga latar yang berlainan.

SASTERAKonsep
RANJAU SEPANJANG JALAN

RANJAU SEPANJANG JALAN, novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Novel ini dihasilkan pada tahun 1966 dan diterbitkan oleh Penerbitan Abbas Bandung, Melaka. Novel ini dianggap karya Shahnon yang paling baik dan salah sebuah novel Melayu yang mendapat perhatian para pengkaji kesusasteraan antarabangsa. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia, Belanda, Denmark dan Jepun.       

SASTERAKarya
TUNGGUL-TUNGGUL GERIGISTUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS, novel karya Shahnon Ahmad.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Tunggul-tunggul Gerigis menggambarkan wajah manusia dengan keyakinan dan kepercayaan masing-masing.  Bagi mereka, kebenaran adalah di pihak mereka dan pihak lawan dianggap sebagai musuh.SASTERAKarya
AYN

‘AYN, kumpulan puisi keempat Kemala, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1983. Kumpulan ini memasukkan pengantar Profesor Dato’ Haji Shahnon Ahmad (vii-xx) tentang permasalahan dunia puisi dalam Islam.

SASTERAPenerbitan
SELESAI SUDAH

SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad.  Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975.  Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando.  Enam buah cerpen dalam Selesai Sudah pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen “Kalau Ibu Sampai Takah Tiga” dan “Igau” (1971), “Lagu Kitkitkit” (1972), “Tak Keruan”, “Kelapa Nan Sebatang” dan “Perempuan” (1973).

SASTERAKarya
GATRA

GATRA, persatuan penulis Kedah. Persatuan ini ditubuhkan pada 17 Ogos 1967. Nama lengkapnya ialah gabungan Sasterawan Sedar (GATRA). GATRA ditubuhkan hasil pertemuan beberapa orang Penulis utara di rumah Shahnon Ahmad (Dato’). Konsep GATRA ialah bergerak ke arah mengukuh sikap dan nilai diri sebagai sasterawan. Di samping itu, menegakkan prinsip nasional yang selari dengan tradisi kebangsaan dan agama Islam. Matlamat GATRA iaitu:

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas