SHARIFAH AINI, DATO’ | Sharifah Aini, Dato’ (1953– ) ialah penyanyi Malaysia . Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Dia lahir di Singapura pada 2 Julai 1953 dan mendapat pendidikan awal di Johor Bahru. Dia mula menyanyi ketika berumur tujuh tahun dan penglibatannya secara aktif dalam bidang ini bermula pada tahun 1969 apabila menyertai pertandingan nyanyian anjuran Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Dalam pertandingan itu Sharifah Aini berjaya mendapat tempat kedua. | UMUM | |
SHARIFAH AINI | SHARIFAH AINI, Datuk (1953- ), biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua. | BUDAYA | Tokoh |
SHARIFAH HASNAH ABDULLAH | SHARIFAH HASNAH ABDULLAH (1934- ), penulis. Dia lahir pada 12 Disember 1934 di Batu Pahat, Johor. Sharifah Hasnah menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim (Inggeris), Batu Pahat. Pada tahun 1955, dia lulus Senior Cambridge. Setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, England. | SASTERA | Tokoh |
SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR | SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR (1948- ), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah. Nama penuhnya ialah Sharifah Fatimah Sayed Zubir Barakbah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya, kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967, dengan mengikut kursus seni lukis. Pada tahun 1967, dia menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah di Reading University, England, dalam jurusan seni halus. Dia meneruskan pengajiannya ke peringkat sarjana dengan hadiah biasiswa John D. Rockefeller III fund Fellowship di Pratt Institute, New York dan memperoleh ijazah sarjana dalam bidang seni halus pada tahun 1978. | BUDAYA | Tokoh |
AZAH AZIZ | AZAH AZIZ (1928 - ), wartawan, penulis dan budayawan. Dia lahir pada 21 Ogos 1928 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Sharifah Azah binti Syed Mohamed Alsagoff. Dia telah berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Profesor Diraja) dan terus menggunakan nama Azah Aziz hingga sekarang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Convent, Johor Bahru, Johor. | BUDAYA | Konsep |
HABIB NOH | HABIB NOH ( ? - 1870), ulama Singapura. Ibu bapanya berasal dari Palembang, tetapi dia lahir dalam kapal semasa ibunya ke Pulau Pinang. Nama sebenarnya ialah Noh bin Muhammad. Nama Noh mengambil sempena Nabi Noh. Dia seorang ulama yang terkenal di Singapura dan setelah dia meninggal dunia, dia dianggap sebagai ‘keramat’. Beberapa catatan sejarah mengatakan dia mula menetap di Kampung Kaji di Singapura bersebelahan Masjid Sultan, pada awal tahun 1880-an. Semasa kecil Habib Noh dipelihara oleh saudara ibunya bernama Sharifah Seha. Ramai dari kaum kerabat Habib Noh menetap di Pulau Pinang di kawasan Burmah Road. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |