Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum di pergunungan Himalaya yg tinggal di sempadan Nepal dan Tibet, yg berkemahiran mendaki gunung, sering menjadi pengiring, pemandu arah, pembawa barang dsb utk pendaki gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sherpa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHERPA

Sherpa ialah satu bangsa yang kebanyakannya

tinggal di banjaran gunung Himalaya di timur laut

Nepal. Hampir 25 000 orang Sherpa tinggal

berhampiran dengan Gunung Everest, gunung

tertinggi di dunia. Terdapat juga sebilangan

Sherpa yang tinggal di timur laut India.

UMUM 
SHANGRI-LAAmalan pindah ternak di kalangan sebahagian orang Sherpa, Gunung Himalaya.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
ABOMINABLE SNOWMAN

Abominable Snowman dikenali juga sebagai

Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah

menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung

lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti

ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil

di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut

legenda, Abominable Snowman, ialah seekor

haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet

besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai

lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan

tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga

menceritakan bahawa Abominable Snowman

kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang

penduduk kampung. Nama Abominable Snowman

mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,

iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.

Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum

Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan

ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya

dan mungkin juga merujuk kepada raksasa

gunung dan bukannya makhluk sebenar.

UMUM 

Kembali ke atas