| O'TOOLE, PETER | O’Toole, Peter (1932– ) ialah pelakon pentas dan filem yang mencapai salah satu kejayaannya yang terbesar sebagai Hamlet dalam pementasan pembukaan National Theatre pada tahun 1963. Pada tahun 1959, O’Toole berlakon sebagai askar dalam The Long and the Short and the Tall . Daripada lakonan ini, dia berjaya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. | UMUM | |
| THIELE, COLIN | Thiele, Colin (1920– ) ialah penulis Australia yang dikenali terutamanya kerana buku kanak-kanaknya. Antara buku kanak-kanak tersebut termasuk Storm Boy (1963), February Dragon , (1965), Blue Fin (1969), MagpieIsland (1974), Chadwick’s Chimney (1980), Seashores and Shadows (1985) dan Stories Short and Tall (1989). Cerita Storm Boy dan Blue Fin telah difilemkan. | UMUM | |