MORAVIA, ALBERTO | Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya mempunyai gambaran dan dialog yang realistik, gaya penulisan yang bebas dan jelas serta memberikan pandangan yang tajam mengenai gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia mengkritik keruntuhan moral di Itali dan menggambarkan watak-watak yang terasing dari masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit sosial. | UMUM | |
MILKUL YAMIN | Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-Mu’minun 23:1–7) | UMUM | |
PERANG SARAF | Perang saraf menggunakan propaganda untuk mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh digunakan sebelum perang untuk mencegah meletusnya peperangan ataupun semasa perang untuk memenanginya. Sesebuah negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan negara musuh bahawa mereka tidak akan menang jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan pasukan tentera musuh bahawa perjuangan mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin. Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh untuk berperang. | UMUM | |
BATAL | Batal, sesuatu yang tidak sah dan menyalahi hukum syarak. Dengan erti kata lain, amalan tersebut tidak diterima atau sia-sia dan tidak diberikan pahala. | AGAMA | Konsep |
BERITA MINGGU | BERITA MINGGU, akhbar mingguan berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar Berita Harian dan diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah. Akhbar ini menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa. | SASTERA | Kitab |
BERITA HARIAN | BERITA HARIAN, akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail. Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen. | SASTERA | Kitab |
SISTEM BENUA | Sistem benua, merupakan usaha menahan perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an. Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara perang ekonomi menentang United Kingdom. Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri Berlin pada 21 November 1806 yang mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada kapal berkecuali yang berlabuh di United Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang Semenanjung dalam usaha sia-sianya menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I (Kejatuhan kuasanya). | UMUM | |