SIAK | SIAK, kerajaan Melayu di pantai timur Sumatera, Indonesia pada abad ke-15. Siak memainkan peranan penting dalam perdagangan Selat Melaka kerana Sungai Siak mengalir ke kawasan yang mengandungi emas di tanah tinggi Minangkabau. Sungai ini juga merupakan salah satu daripada lebuh raya yang dilalui oleh para pedagang Minangkabau ke Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SULTAN ABDUL JALIL SYAIFUDDIN | SULTAN ABDUL JALIL SYAIFUDDIN (? - ?), Sultan Siak (1791 – 1811). Pada tahun 1780-an, Siak berpecah-belah kerana masalah politik dalam negeri, pemberontakan dan perang saudara. Pada masa itu Siak di bawah pemerintahan Sultan Yahya. Sayid Ali yang berkahwin dengan adik Sultan Yahya yang bernama Tengku Sakol mengambil kesempatan ini untuk merebut takhta. Sayid Ali adalah putera Sayid Osman, menantu Raja Alam dari Siak. Sayid Ali telah mengumpulkan kekuatan di Bukit Batu dengan bantuan sebahagian besar Orang Besar Siak dan bantuan tentera dari Padang. Akhirnya, dia berjaya merebut takhta pada tahun 1791 dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Siak dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syaifuddin. Setelah dia berjaya merebut takhta Siak, dia memberi gelaran kepada Raja Lamkanuddin, Raja Padang sebagai Sultan Magedar Alam yang menjadi raja di Padang dan Bedagai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH | RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH ( ? - ? ), kerabat Sultan Siak yang kedua. Raja Musa atau Tengku Musa adalah putera Tengku Mahmud (Raja Buang, 1723-1760). Ayahandanya, putera kepada Raja Kecil Siak dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah Johor, Sultan Siak yang kedua. Raja Musa adalah cucu saudara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor, sementara bondanya ialah anak Raja Lelawangsa. Raja Musa adalah penyokong kuat saudaranya, Raja Ismail, yang menjadi pemerintah Siak bergelar Sultan Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL | RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? – 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB | SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB, ( ? - ? ), penasihat Sultan Siak. Nama sebenarnya ialah Syed Othman Syahabudin Syed Abdullah al-Syabab. Beliau ialah seorang pengembara Arab. Beliau telah mengahwini Tengku Embung Badariah, puteri Raja Alam dari Siak. Syed Othman kemudiannya telah dilantik sebagai ketua hulubalang Siak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BENGKALIS, | BENGKALIS, pulau yang terletak bertentang dengan muara sungai Siak, pernah berada di bawah kekuasaan kerajaan Johor. Bengkalis menjadi pusat aktiviti Orang Laut seperti kegiatan menangkap ikan terutama ikan terubuk. Bengkalis amat terkenal dengan telur ikan terubuk yang menjadi makanan istimewa di Kepulauan Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MUNSYI SULAIMAN MD. NOR | MUNSYI SULAIMAN MD. NOR (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TENGKU YAHYA | TENGKU YAHYA (1760 – 1791), Sultan Siak terakhir daripada keturunan Raja Kecil. Baginda adalah putera kepada Raja Ismail, Sultan Siak. Tengku Yahya juga dikenal sebagai Tengku Sulong, Sultan Ahmad Syah, Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah dan Marhum mangkat di Dungun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL | RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL (? -1760), Raja Siak yang kedua (1746-1747) dan (1754-1760). Raja Buang adalah anak Raja Kecil dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil dari Johor (m.m 1699-1721). Dalam Tuhfat al-Nafis, baginda lebih dikenal sebagai Tengku Mahmud. Namun, baginda lebih dikenali umum sebagai Raja Buang. Menurut laporan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), nama baginda ialah Raja Muhamad. Ayahanda baginda ialah Raja Kecil, pengasas kerajaan Siak. Raja Kecil pernah menawan Riau pada tahun 1718 dan mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang dibunuh pada tahun 1699. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU | SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta. | SASTERA | Konsep |