Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sial] | سيال

Definisi : 1. tidak beruntung (selalu gagal dlm mendapat sesuatu dll), tidak bernasib baik (se­lalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dll), celaka, malang: kami juga mengisahkan tuah ~ masa hadapan anak-anak kami; ~ benar nasib mereka; ~ dangkalan sial benar; 2. (yg) mendatangkan kecelakaan (kemalang­an dll), (yg) tidak mendatangkan keuntung­an (kebahagiaan dll): menurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yg ~; besok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini; 3. jahanam, si celaka (kata maki­an): jangan sebut-sebut lagi nama perem­puan ~ itu! ~ bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara (segala yg dihajati tidak diperoleh); bagai menjenguk jerat ~ prb pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar berjalan-jalan; menyialkan mendatangkan sial: tidak cukup engkau dgn sial dirikau, kausialkan orang lain pula; sialan 1. orang yg (mendatangkan) sial; 2. Id jahanam, celaka (kata makian): ~ lu! kesialan perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditum­panginya jadi kacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sial] | سيال

Definisi : ; ~ menahun a) sj tumbuhan (pokok), Pternandra capitellata; b) sj tumbuhan (po­kok), lidah katak, Pternandra coerulescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sial] | سيال

Definisi : 1 tidak beruntung; selalu gagal utk mendapatkan sesuatu; selalu ditimpa kecelakaan: Hari ini mereka ~ benar, sehari suntuk menjala, tiada seekor ikan pun yg didapat. 2 tidak mendatangkan untung; mendatangkan celaka; buruk pengaruhnya: Keris yg dianggap ~ itu dibuangnya ke laut. 3 kata yg digunakan ketika memaki yg bermaksud jahanam, terkutuk dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sial
1. Dalam konteks adjektif
bersinonim dengan tidak beruntung, tidak bernasib baik, celaka, malang, bernasib buruk, geruh, panas, sueh, lacur, cangerai, langkah kiri, sarau, udi, apas, celau, ceweh, terkunyah di batu, berbintang gelap,
Berantonim dengan bertuah

2. Bersinonim dengan celaka
( jahanam, bangsat, )
(kata nama:)
Berantonim dengan beruntung

Kata Terbitan : menyialkan, kesialan,

Puisi
 

Muar belum bernama Muar,
     Muar bernama Libar Condong;
Lucut baju lucut seluar,
     Besarlah sial malang merundung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung,
     sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Bermaksud :

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TOLAK BALA

TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri.

BUDAYAAdat
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. 

SASTERAKarya

Kembali ke atas