Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.lang] | سيالڠ

Definisi : sarang lebah; bersialang 1. berterbangan banyak-banyak atau berkerumun (lebah); 2. Mn mengambil manisan dr sarang lebah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.lang] | سيالڠ

Definisi : = pokok ~ sj tumbuhan (pokok tempat lebah suka bersarang), tualang, Koom­passia excelsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sialang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIALANG

SIALANG (Koompassia excelsa (Becc.) Taub. daripada famili Leguminosae), sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia.  Nama lain bagi pokok ini ialah tualang.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m.  Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom.  Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali.  Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak.  Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas