Sianida ialah nama garam logam yang mengandungi kumpulan CN (atom karbon yang terangkai kepada atom nitrogen). Natrium sianida (NaCN) dan kalium sianida (KCN) adalah bahan kimia industri yang penting. Kedua-duanya digunakan dalam proses memisahkan emas dan perak daripada bijih, dan dalam proses pengerasan logam. Asid kuat bertindak balas dengan logam sianida untuk membuat gas beracun hidrogen sianida (HCN). Sianida organik adalah nitril . Akrilonitril, yang dibuat daripada sianida, adalah penting dalam pembuatan fabrik, plastik, dan getah sintetik. Ahli kimia menggunakan larutan sianida dalam elektropenyaduran dan dalam pembuatan ubat dan lain-lain bahan kimia. Lihat juga Asid prusik; Kebuk gas. |